Sunday 15 June 2014

Bagaimana Meningkatkan Kesuburan Lelaki




Anak-anak yang berlari, meriuhkan suasana rumah dengan tawa riang dan tangisan, menjadi satu impian yang wajib bagi setiap pasangan suami isteri. Anak-anak menjadi penyejuk mata, anak-anak juga menjadi aset bagi ibu bapa apabila mereka telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh menjadi dambaan bagi ibu bapa yang mengharapkan amal soleh yang berterusan selepas kematian.  


Telah berumah tangga bagi tempoh yang agak lama, masa berlalu, hari demi hari, tahun demi tahun dan apa yang diharapkan masih lagi belum kunjung tiba… Yang akhirnya boleh membuatkan stress dalam kehidupan rumah tangga. 

Usaha berterusan harus dilakukan oleh pasangan suami isteri beroleh cahaya mata. Faktor kesuburan mungkin menjadi penyebab. Lelaki hebat mesti mempunyai tahap kesuburan yang baik.

Bagaimana meningkatkan kesuburan lelaki?

Sebelum saya kongsikan tentang bagaimana meningkatkan kesuburan lelaki, ambil tahu dahulu tentang ciri-ciri sperma yang sihat.

Sperma yang sihat sebagai penanda aras kesuburan lelaki.

Sperma Yang Sihat


Sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan lelaki. 

Semua lelaki harus tahu perkara ini. Jangan anda hanya hebat di ranjang, tetapi sperma anda kurang kuantiti, kurang bermaya dan kurang kualiti.

Setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma.

Ciri-ciri Sperma Terbaik.

kesuburan lelaki
Kuantiti, Kualiti dan motiliti sperma.

 

Adakah anda mempunyai ciri-ciri sperma yang terbaik???

Kuantiti, kualiti dan motiliti sperma menunjukkan tahap kesuburan lelaki.

Anda hanya mengetahuinya dengan melakukan pemeriksaan.

Sperma anda mestilah:

Kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter.

Kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur. 

Kesuburan lelaki


Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai motiliti (motility). Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.


Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk menilai kesuburan lelaki.


Penghasilan Sperma Yang Sihat


Di sini saya ingin berkongsi dengan para lelaki di luar sana sama yang dah jadi suami orang atau bakal menjadi suami kepada kekasih hati anda, tips-tips untuk menghasilkan sperma yang sihat. Menjadikan anda lelaki yang subur dan hebat luar dan dalam. Jom ambil tahu tentang kesuburan lelaki.

#1. Pastikan berat badan anda seimbang. 

Lelaki yang terlampau kurus atau terlampau gemuk kena perhatikan diri anda. Pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal yang bersesuaian dengan ketinggian anda. 

Berat badan sangat mempengaruhi paras testosteron lelaki. Terdapat kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma.

Untuk tingkatkan kesuburan lelaki, pastikan anda mendapat berat badan yang ideal.

#2. Urus tekanan.

Lelaki yang bekerja sudah pasti banyak tekanan di tempat kerja. Anda pulang ke rumah, tekanan itu di bawa sekali. Ya… Biasa terjadi seperti itu. Pastikan anda uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. 

Stress mengurangkan fungsi seksual dan mengganggu hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma. Jangan ambil pil-pil tertentu untuk meredakan tekanan kerana ia mengganggu kesuburan terutama yang mengandungi steroid atau dadah. 

Amalan rohani sangat membantu untuk mengurang stress ini.

Anda boleh mengambil tambahan Vitamin B Kompleks dan Vitamin C sebagai suplemen kesihatan.

Baca Juga: Urus dan Kurangkan Dengan Vitamin C

#3. Bersukan dan beriadah. 

Lakukan banyak aktiviti pergerakan supaya tubuh badan anda sihat. Cuba pilih untuk naik tangga berbanding lif, meletakkan kereta jauh daripada tempat yang dituju dan 1001 cara lain yang boleh kita fikirkan untuk memaksimumkan pergerakan tubuh anda. Anda bergerak, anda sihat.

#4. Cara berpakaian juga perlu diambil perhatian. 

Jangan pakai pakaian yang ketat terutama seluar dalam. Ia sedikit sebanyak mengganggu kesihatan sperma. Faktor ini berkaitan dengan pendedahan panas secara berlebihan. 

Jika anda tidur, biasakanlah untuk tidak memakai seluar dalam. Pakai kain pelikat sahaja. Elakkan juga kerap mandi di dalam tab air panas atau meletakkan komputer riba di atas paha anda.

#5. Pemakanan atau diet yang diambil setiap hari perlu diperhatikan. 

Kalau anda hendak subur, jangan makan mengikut apa yang ada mahu, tetapi makan mengikut apa yang anda tahu meningkatkan tahap kesuburan anda. 

Cakap mudah tetapi nak buatnya sangat payah dengan seribu satu alasan. Sebabnya dah terlihat makanan yang bersesuaian dengan nafsu, maka ‘apa yang anda tahu’ akan ditinggalkan. 

Cuba pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, vitamin C, B12, dan mineral seperti selenium, zink dan cooper.

Pemakanan yang betul sangat berkait rapat dengan kesuburan lelaki.

#6. Ambil Suplemen.

Susah nak makan ‘apa yang anda tahu’, disebabkan ‘mahu’ itu mengatasi ‘tahu’, ambillah supplement atau makanan tambahan yang meningkatkan kesuburan lelaki. Pastikan ia adalah produk semula jadi.

Anda tahu anda perlu makan hidangan tertentu untuk tingkatkan kesuburan lelaki, tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu seperti malas, kekangan masa dan lain-lain, anda terpaksa abaikan pemakanan yang sihat.

Pengambilan suplemen adalah solusi kepada masalah anda ini.

Vitamin Dan Mineral Yang Diperlukan Untuk Kesuburan Lelaki


Terdapat beberapa vitamin dan mineral yang penting untuk kesuburan lelaki. Seseorang lelaki perlu mengetahuinya agar proses untuk mencapai tahap kesuburan itu berjalan lancar. 

Lihat dulu vitamin dan mineral yang penting untuk kesuburan lelaki sebagai panduan anda juga.

Vitamin yang perlu diutamakan adalah vitamin yang bertindak sebagai antioksidan iaitu seperti Vitamin E, Vitamin C, B12, Karotonoid (vitamin A) dan Coenzyme Q10.

Kesemua vitamin ini bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas. Penting untuk kesuburan lelaki.

Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap. Tambahkan makanan ini di dalam diet harian anda. 

Vitamin C dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok serta menjadikan ia lebih bergerak ke hadapan dan cepat. 

Di dalam diet harian anda, anda boleh memasukkan sumber makanan berikut: cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buah-buahan sitrus.

CoQ10 pula mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kuantiti, kualiti dan pergerakan sperma.

B12 adalah salah satu daripada ahli di dalam B kompleks. Ia juga membantu untuk menghasilkan sperma yang subur. Selain itu, B12 juga penting untuk membantu seseorang lelaki itu mengurangkan rasa tertekan atau stress yang menjadi salah satu punca ketidak suburan lelaki.

Manakala mineral penting adalah zink dan selenium.

Zink adalah mineral yang sangat penting untuk kesuburan lelaki dan ia berupaya meningkatkan hormon testosteron ke paras yang baik. 

Di dalam diet harian, zink boleh di dapati melalui tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang.

Related: 10 Manfaat Zink Untuk Lelaki

Manakala selenium diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah. Ia juga penting untuk membantu tubuh menyerap vitamin E. 

Ia boleh didapati melalui ikan salmon, tuna, ikan kod, cendawan butang dan udang.

Selain itu, asid lemak Omega 3 juga membantu meningkatkan kesuburan lelaki.

Bagaimana Shaklee Membantu Anda?


Bagi mendapatkan sperma yang mempunyai kuantiti, kualiti dan motility terbaik, saya mencadangkan beberapa produk daripada Shaklee yang semula jadi, selamat dan insya-Allah berkesan.

Namun perlu diingatkan juga, walau pun anda memakan suplemen semula jadi ini, tetapi anda masih lagi merokok dan makan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan segera, maka perubahan itu akan semakin perlahan atau tiada langsung.

Adalah lebih baik suami isteri mengambil program suplemen kesuburan bersama-sama supaya lebih termotivasi. Anda juga tidak boleh mengharapkan keputusan yang cepat kerana ia mengambil masa yang mungkin sehingga 6 bulan atau lebih. Teruskan dan jangan berputus asa.

Berikut beberapa vitamin dan mineral yang saya cadangkan. Anda boleh pilih mengikut kemampuan anda. Suplemen kesuburan lelaki ini mempunyai pelbagai manfaat bukan hanya untuk kesuburan lelaki sahaja. Jadi, anda tidak akan rugi apabila membelinya dan harga yang ditawarkan sangat mampu milik jika dibandingkan dengan manfaatnya..

Teruskan bacaan untuk tahu bagaimana meningkatkan kesuburan lelaki dengan suplemen Shaklee





Produk Shaklee adalah semula jadi, selamat dan insyaAllah berkesan...

Sekalipun anda mengambil suplemen di atas untuk tujuan kesuburan lelaki, namun anda pasti akan mendapat manfaat lain yang lebih banyak..

Suplemen kesuburan lelaki ini, anda boleh kongsi dengan isteri anda kerana ia juga boleh dimakan oleh perempuan. 

Jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari sebagai memenuhi keperluan hidup sebagai makhluk Tuhan. Lagi banyak, lagi bagus.

Dan sebagai seorang hamba jangan lupa berdoa dan bertawakkal kepada Allah, Tuhan yang menciptakan manusia. DIA lah yang menyuburkan anda dengan kuasanya, anda hanya berusaha mencari sebab dan musababnya..

Laburkanlah duit untuk kesihatan. InsyaAllah memang berbaloi.

Jangan malu, jangan segan hubungi saya untuk dapatkan supplement kesuburan lelaki.. Saya akan berkongsi dengan anda kebaikannya.

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini. Jika anda baca sehingga di sini, ini bermakna, anda memang sedang berusaha untuk mendapatkan suplemen kesuburan lelaki terbaik dan terhebat...

Cabarannya>>> JOM BERUBAH... Untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik... BERANI BERUBAH.. Saya Sudah, Anda Bagaimana???



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
 

Abang Jual Shaklee
SMS/WhatsApp: 013-3727.508


1 comment:

  1. Good info..
    Jom singgah blog saya di https://rahsiajelitahawa.blogspot.my/2017/12/kesuburan-lelaki-bersama-vitamin-shaklee.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...