Friday 27 June 2014

Tiupan Yang Dahsyat dan Menggerunkan




Salam Jumaat. 

Jumaat yang mulia, Jumaat yang penuh barakah, Jumaat yang penuh rahmat. Jumaat yang disebut oleh Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam, hari di mana ada satu masa yang Allah akan memakbulkan doa hambanya.

Hari di mana, sebaik-baik matahari terbit.

Hari di mana Adam diciptakan, dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan.

Hari di mana imam al-Shafi’i menggalakkan umat manusia untuk membaca surah al-Kahfi untuk mengelakkan diri daripada fitnah al-Dajjal.

Hari di mana Allah akan memerintahkan Sahib al-Sur untuk meniupkan tanduk yang akan menghancurkan seluruh alam.

Hari di mana kita digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam.

Hari di mana semua makhluk Allah berasa takut dan gementar melainkan manusia dan jin.
Hari di mana semua kaum Adam, pergi ke masjid mendengar khutbah Jumaat dan solat Jumaat.

Itulah Jumaat yang penuh dengan keajaiban yang menjadi hari raya mingguan bagi umat Islam untuk beramal lebih daripada daripada hari biasa.

Sahib al-Sur menanti arahan.


Sahib al-Sur atau dikenali dalam kalangan umat Islam di Nusantara khususnya sebagai Israfil, peniup sangkakala telah meletakkan mulutnya di hujung tanduk, menunggu arahan dari pemerintah Yawm al-Qiyamah untuk meniup tiupan yang dahsyat.

عنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَيْفَ أَنْعَمُ وَصَاحِبُ الْقَرْنِ قَدِ الْتَقَمَ الْقَرْنَ , وَاسْتَمَعَ الإِذْنَ مَتَى يُؤْمَرُ بِالنَّفْخِ فَيَنْفُخُ ؟ ! ” فكَأَنَّ ذَلِكَ ثَقُلَ عَلَى أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , فَقَالَ لَهُمْ عِنْدَ ذَلِكَ : قُولُوا: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا.

“Bagaimana aku akan senang hidup di dunia, sementara pemegang sangkakala telah memasukkan sangkakala ke mulutnya. Dia memasang pendengarannya menunggu perintah untuk meniupnya, lalu dia akan meniupnya. Para sahabat Rasulullah merasa berat dengan berita itu, lalu baginda bersabda saat itu, katakanlah: “Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah tempat berserah diri yang paling baik. Kami bertawakkal kepada Allah.” (HR. Al-Tirmidhi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ طَرْفَ صَاحِبِ الصُّورِ مُذْ وُكِّلَ بِهِ مُسْتَعِدٌّ يَنْظُرُ نَحْوَ الْعَرْشِ مَخَافَةَ أَنْ يُؤْمَرَ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْهِ طَرْفُهُ، كَأَنَّ عَيْنَيْهِ كَوْكَبَانِ دُرِّيَّانِ» هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الْإِسْنَادِ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ "

“Bahawasanya mata pemilik sangkakala sejak ditugaskan membawanya sentiasa siap memandang ke Arasy, kerana ia takut disuruh sebelum matanya sempat berpaling ke arahnya (berkedip). Kedua matanya bagaikan sepasang bintang yang bergemerlapan. (Al-Hakim).

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radiya Allah ‘Anh, dia berkata:

قَالَ أَعْرَابِيٌّ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا الصُّورُ؟ قَالَ: قَرْنٌ يُنْفَخُ فِيهِ

Seorang badwi bertanya: “Wahai Rasulullah, apa itu as-sur?” Beliau sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Tanduk yang akan ditiup.”  (Al-Tirmidhi dan al-Hakim)

Perjalanan dunia akan berakhir dengan tiupan sangkakala dan bermula episod kehidupan yang baharu kepada umat manusia.

Tiupan yang dahsyat dan menggerunkan semua makhluk Allah, menyebabkan keseimbangan alam porak peranda. Langit retak, berkecai, runtuh dan dilipat oleh Yang Maha Berkuasa.

13. kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup sangkakala dengan sekali tiup, - 14. dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, - 15. maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, - 16. dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh), 17. sedang malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. 18. pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun Yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi. (Al-Haqqah: 13-18)


Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusannya masing-masing).” (Az-Zumar: 68)

Ya, itulah tiupan yang dahsyat lagi menggerunkan makhluk Allah semuanya…

Namun, tiupan yang menggerunkan ini tidak akan dihadapi oleh orang yang ada di dalam hatinya iman kerana Allah akan mematikan mereka sebelum berlakunya peristiwa ini.

Dan peristiwa yang dahsyat lagi menggerunkan ini berlaku pada hari yang mulia ini,hari Jumaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ»

“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Juma’at. Pada hari Juma’at Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari Juma’at itu juga dia dikeluarkan dari Syurga. Dan hari Kiamat tidaklah terjadi kecuali pada hari Juma’at.(HR Muslim)

TAPI berapa manusia yang menyedari bahawa tiupan yang dahsyat ini akan berlaku.

Sedarkah kita yang masih lagi diulit mimpi pada pagi Jumaat. Bangunlah dan beramallah.

خيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ أُهْبِطَ ، وَفِيهِ تِيبَ عَلَيْهِ ، وَفِيهِ مَاتَ ، وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ ، وَمَا مِنْ دَابَّةٍ إِلا وَهِيَ مُسِيخَةٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مِنْ حِينِ يُصْبِحُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ شَفَقًا مِنَ السَّاعَةِ إِلا الْجِنَّ وَالإِنْسَ ......
“Hari yang paling baik dimana matahari terbit adalah hari Jum’at. Pada hari itu Adam diciptakan, diturunkan, diterima taubatnya dan meninggal. Pada hari itu pula kiamat terjadi.  Semua makhluk di bumi memasang telinga pada hari Jumaat dari mulai subuh sampai matahari terbit kerana takut akan kiamat, kecuali jin dan manusia……..” (Abu Dawud)

Perbanyakkan Selawat Ke atas Nabi Pada Hari yang Mulia Ini


Berselawatlah ke atas junjungan mulia..

عَنْ أَوْسِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ عَلَيْهِ السَّلَام وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ تُعْرَضُ صَلَاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرَمْتَ أَيْ يَقُولُونَ قَدْ بَلِيتَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَنْ تَأْكُلَ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمْ السَّلَام
رواه أحمد وأبو داود والنسائى  ابن خزيمة وابن حبان والحاكم،

Dari Aus Bin Aus Al-Thaqafi, dia memarfu’kannya kepada Nabi Salla ‘alayh wa sallam: “Antara hari-hari yang utama bagi kalian adalah hari Jum’at. Pada hari itu, Adam diciptakan dan diwafatkan. Pada hari itu pula akan terjadi tiupan yang pertama dan kedua. Kerana itu, perbanyaklah selawat atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kalian atasku akan diperlihatkan kepadaku. Para sahabat bertanya: “bagaimana mungkin wahai Rasulullah, sedangkan engkau telah tiada? Rasulullah menjawab: “sesungguhnya Allah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para nabi.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim)

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini...

Kalau anda suka, jom kongsi dengan orang lain pula sebagai amal jariah kita apabila kita bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.


Hafid Sulaiman

Sms/WhatsApp: 013-3727508
Email: hafidsulaiman85@gmail.com
Facebook: hafid sulaiman
Page: Kesihatan Lelaki 4u
Supplement Lelaki 4u
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...