Wednesday 3 September 2014

Gula Membinasakan Anda.


Gula ialah salah satu makanan tanpa nutrien yang paling banyak dimakan dan sangat berbahaya. Gula tidak diperlukan dalam pemakanan kerana tubuh menukar makanan lain ke bentuk glukosa apabila ia memerlukan tenaga. Gula tidak memberikan apa-apa nutrien, malah nutrien diperlukan untuk memetabolismakannya. Ia juga melenyapkan nutrien di dalam tubuh. Gula boleh membinasakan anda. Ambillah gula sekadar keperluan anda. Jangan berlebihan.

Keperluan Kepada Gula



WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).





 73 Cara Gula Membinasakan Tubuh


Dalam entri ini, saya ingin berkongsi 73  cara bagaimana gula membinasakan  tubuh kita.

1.       Gula mampu menyekat sistem imun.

2.      Gula boleh mengganggu keseimbangan mineral di dalam tubuh.

3.      Gula boleh menyebabkan hiperaktif, rasa cemas, kesukaran konsentrasi dan kanak-kanak akan bersifat mudah tersinggung.

4.      Gula boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mengurangkan keaktifan kanak-kanak.

5.      Gula boleh menjejaskan pencapaian akademik kanak-kanak.

6.      Gula boleh menyebabkan peningkatan triglyceride (lemak di dalam darah).

7.      Gula menyumbang kepada faktor lemah ketahanan bila melawan infeksi bakteria.

8.     Gula boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

9.      Gula boleh mengurangkan kolesterol ketumpatan tinggi (HDLs) yang membantu kesihatan.

10.  Gula boleh menggalakkan kenaikan kolesterol yang bahaya (LDLs).

11.   Gula boleh menyebabkan kekurangan kromium (penting di dalam metabolisme dalam badan).

12.  Gula boleh menyebabkan kekurangan kuprum.

13.  Gula mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium.

14.  Gula boleh membawa kepada kanser buah dada, ovari, prostat dan rektum.

15.   Gula boleh menyebabkan kanser kolon dan membawa risiko tinggi kepada kaum wanita.

16.  Gula boleh menjadi faktor risiko kanser pundi hempedu.

17.   Gula boleh meningkatkan kadar kelaparan glukosa darah.

18.  Gula boleh melemahkan penglihatan.

19.  Gula meningkatkan kadar serotonin yang menyempitkan pembuluh darah.

20. Gula boleh menyebabkan hipoglisemia (kondisi gula rendah dalam darah).

21.  Gula menghasilkan perut berasid.

22. Gula menaikkan risiko penyakit koronari jantung.

23. Gula meningkatkan proses penuaan, menyebabkan berlakunya kedutan dan pertumbuhan uban.

24. Gula meninggikan risiko penyakit Alzheimers

25.  Gula membawa kepada alkoholisme.

26. Gula meningkatkan kerosakan gigi.

27.  Gula menyumbang kepada pertambahan berat badan dan obesiti.

28. Gula boleh menyebabkan radang saluran usus bagi penghidap gastrik dan ulser.

29. Gula boleh menyebabkan artritis.

30. Gula boleh menyebabkan asma.

31.  Gula boleh menyebabkan kandidasis (infeksi yis).

32. Gula boleh membawa kepada pembentukan batu hempedu.

33. Gula boleh membawa kepada pembentukan batu karang.

34. Gula boleh menyebabkan penyakit jantung iskemia.

35.  Gula boleh menyebabkan apendiks.

36. Gula boleh memburukkan sistem sklerosis berbilang.

37.  Gula boleh menyebabkan buasir.

38. Gula boleh menyebabkan varicose vein (urat timbul).

39. Gula boleh menyumbang kepada osteoporosis.

40. Gula boleh menyumbang kepada keasidan air liur.

41.  Gula boleh menyebabkan penurunan sensitiviti insulin.

42. Gula boleh kepada penurunan toleransi terhadap glukosa.

43. Gula boleh mengurungkan pertumbuhan hormon.

44. Gula boleh meningkatkan keseluruhan kolesterol.

45.  Gula boleh meningkatkan tekanan darah sistolik.

46. Gula boleh mengubah struktur protein dan mengganggu penyerapan protein.

47.  Gula boleh menyebabkan alergik makanan.

48. Gula boleh menyumbang kepada diabetes.

49. Gula boleh menyebabkan toksemia (keracunan gula) ketika hamil.

50. Gula boleh menyumbang kepada ekzema bagi kanak-kanak.

51.   Gula boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.

52.  Gula boleh menjejaskan struktur DNA.

53.  Gula boleh menyebabkan katarak.

54.  Gula boleh menyebabkan jangkitan.

55.  Gula boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon.

56.  Gula boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas di dalam aliran darah.

57.  Gula boleh menurunkan keupayaan enzim.

58. Gula boleh menyebabkan kehilangan keanjalan dan fungsi tisu.

59.  Gula boleh menyebabkan sel hati terbahagi dan meningkatkan saiz hati.

60. Gula boleh meningkatkan kandungan lemak di dalam hati.

61.  Gula boleh meningkatkan saiz buah pinggang dan menyebabkan perubahan patologi buah pinggang.

62. Gula boleh memberi tekanan kepada pankreas dan menyebabkan kerosakan.

63. Gula boleh meningkatkan retensi cecair dalam tubuh. 

64. Gula boleh menyebabkan sembelit.

65.  Gula boleh menyebabkan myopia (rabun dekat)

66. Gula boleh memberi kesan kepada lapisan kapilari.

67.  Gula boleh menyebabkan hipertensi.

68. Gula boleh menyebabkan sakit kepada termasuk migrain.

69. Gula boleh meningkatkan gelombang otak yang boleh mengubah keupayaan minda untuk berfikir dengan jelas.

70. Gula boleh menyebabkan kemurungan.

71.   Gula boleh meningkatkan respons insulin kepada mereka yang mengambil makanan terlalu manis.

72.  Gula meningkatkan penapaian bakteria di dalam kolon. 

73.  Gula boleh meningkatkan platelet darah pekat yang meninggikan risiko pembekuan darah.





“Biar makanan anda menjadi penawar anda dan penawar anda menjadi makanan anda”

*Dipetik daripada Toksin Masuk dan Toksin Keluar, Dr Yasmeen Farouk Mohamed.

hafid sulaiman



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...