Sunday 7 September 2014

Jom Jadi Manusia NO. 1 Terkaya di Dunia.




Berikut Senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2013 berserta nilai kekayaan mereka:


#10. Christy Walton - Kekayaan : US $ 37,9 M
#9. Larry Ellison - Kekayaan : US $ 41.6 M
#8. David Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M
#7. Charles Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M
#6. Ingvar Kamprad - Kekayaan : US $ 55.5 M
#5. Amancio Ortega - Kekayaan : US $ 56M
#4. Warren Buffett - Kekayaan : US $ 59.6 M
#3. Carlos Slim- Kekayaan : US $ 72,1 M
#2. Bill Gates - Kekayaan : US $ 72,7 M
#1. Seorang muslim yang solat sunat 2 rakaat sebelum subuh. Mungkin anda. Tahniah.



Dan terkini tahun 2014…

#5 Amancio Ortega: $64.2 B
#4 Warren Buffett:  $67.6 B
#3 Bill Gates: $81.2 B
#2 Carlos Slim Helu & family: $86.1 B
#1  Seorang muslim yang solat sunat 2 rakaat sebelum subuh: Dunia dan Seisinya..

Masih lagi menjuarai.

Jom Baca Macam Mana Nak Dapat Dunia dan Akhirat.



عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا»

Dua raka'at fajar (solat sunat subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya. (HR. Muslim no. 725)

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهُ قَالَ فِي شَأْنِ الرَّكْعَتَيْنِ عِنْدَ طُلُوعِ الْفَجْرِ: «لَهُمَا أَحَبُّ إِلَيَّ مِنَ الدُّنْيَا جَمِيعًا»

Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam menyebutkan tentang kedudukan 2 rakaat (solat sunat) ketika terbit fajar: " Dua rakaat solat sunat fajar lebih kucintai daripada dunia seluruhnya. (HR. Muslim no. 725)

عَنْ عَائِشَةَ، «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ»

A’ishah menceritakan Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam tidaklah menjaga solat nawafil (sunat) yang lebih daripada menjaga solat sunat dua rakaat sebelum Subuh. (HR. Muslim no. 724) .


“Lihatlah orang yang mengejar akhirat itu, dia dapat keduanya… dunia dan akhirat… Tetapi adakah mereka yang mengejar dunia… Mendapat dunia dan akhirat???”

Jangan kejar bangkai itu…

hafid sulaiman
013-3727 508
Facebook: Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...