Monday 15 September 2014

Kenali Kod Identifikasi Plastik Anda.




Alatan rumah dan kelengkapannya banyak dibuat daripada bahan plastik. Penggunaannya setakat ini mempunyai banyak perbincangan.

Di setengah pihak plastik amat diperlukan tetapi di pihak yang lain, plastik mencemarkan persekitaran.


Jenis Plastik


Kebanyakan bahan pembungkus bekas makanan atau minuman plastik diperbuat daripada enam jenis resin yang biasa. Resin adalah damar yang dibuat secara sintetik, yang digunakan sebagai bahan asas dalam membuat barangan plastik dan sebagainya. 

Terdapat 6 jenis iaitu:

#1. Polyethylene terephthalate (PET atau Pete)

#2. High Density Polyethylene (HDPE)

#3. Polyvinyl Chloride (PVC atau V)

#4. Low Density Polyethylene (LDPE)

#5. Polypropylene (PP)

#6. Polystyrene (PS)

Tahukah anda bahawa setiap jenis resin ini  diwakili oleh nombor di bawah sistem kod identifikasi plastik.

Jom lihat gambar di bawah.

Kredit: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Sistem kod ini dicipta oleh The Society of Palstic Industry (SPI) pada tahun 1988 untuk memudahkan bagi tujuan kitar semula.

Sistem kod ini terdiri daripada nombor 1 hingga 7.

Setiap nombor pada simbol kitar semula tersebut menunjukkan jenis-jenis plastik yang digunakan untuk menghasilkan pembungkus atau bekas makanan dan minuman plastik.

Apabila anda membeli makanan dan minuman yang dibungkus dengan plastik, ELAKKAN daripada membeli sesuatu yang dibungkus dengan kod 3, 6 dan 7.



Kod 3 juga digelar sebagai poison plastik sama seperti plastik beracun kerana mengandungi sejumlah racun berbahaya.

Kod 7 pula mengandungi sebatian selain daripada plastik yang ada di dalam kod 1-6. Elakkan penggunaannya disebabkan bimbang terjadi pelepasan  atau larutan sebatian seperti Bisphenol  A yang boleh menyebabkan kerosakan kromosom dan penyebab kanser.

Kod 6 pula banyak digunakan sebagai bahan pembungkus makanan di kedai yang menyediakan perkhidmatan take away. Ia juga termasuk pinggan dan cawan plastik. Biasanya ia menggunakan Styrofoam.

Bahan seperti  ini sebolehnya dihindari kerana melepaskan sterina, sebatian yang bersifat karsinogen dan mengganggu hormon serta boleh menyebabkan kemandulan.

Credit: oecotextiles.wordpress.com


Pemahaman terhadap setiap kod identifikasi ini memberikan kita kesedaran untuk mewujudkan kediaman yang selamat daripada bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit jika terdedah pada satu tempoh yang lama.

Kesedaran untuk mewujudkan kediaman yang bersih, sihat dan selamat bermula daripada anda.

Jom sedar.

SAFE, POWERFUL, GREEN, SMART.

Jika anda ingin memiliki pencuci serba guna yang mesra alam dan selamat untuk anda seisi keluarga, hubungi saya atau lawati page di facebook. Klik sini.


hafid sulaiman

Facebook: Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...