Monday 8 September 2014

Lelaki Hebat Memerlukan Vitamin E

Supplement Vitamin E membantu lelaki menjadi lelaki hebat dan sihat


Selain zink yang menjadi khazanah buat lelaki hebat, Vitamin E juga diperlukan oleh seorang lelaki untuk menjadi hebat. Suami yang hebat, anak yang hebat, bapa yang hebat, datuk yang hebat, pekerja yang hebat, ahli sukan yang hebat dan ia menjadikan orang disekelilingnya berasa senang dengannya. 

Anda adalah orang yang hebat apabila anda menjaga kesihatan anda melalui pemakanan yang sihat. Vitamin E semula jadi adalah untuk lelaki hebat yang inginkan kesihatan jantung, otak, prostat dan meningkatkan fungsi sistem imun badan.

Merujuk kepada RNI Malaysia, RDA bagi vitamin E adalah 10 mg perhari bagi lelaki dewasa. Keperluan ini bagi memastikan seseorang itu dapat memelihara kesihatannya dengan baik.

Berdasarkan kajian, vitamin E menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih 80 jenis penyakit.

Kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute tahun 1998 mendapati, pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat dalam kalangan penghisap rokok.

Lain-lain kajian mengesyorkan vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang kajian yang dilakukan, diketahui vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Sumber Vitamin


Vitamin E didapati daripada sumber makanan seperti minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang dan biji-bijiran.

Vitamin E banyak terdapat dalam sayuran dan minyak bijian, serta terdapat di dalam bentuk marjerin, salad dressing, dan shortening.

Minyak kacang, minyak kulit gandum, minyak jagung, dan minyak bunga matahari juga mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi.

Vitamin E juga didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging, kacang soya, ubi kentang dan gandum.

Sumber Vitamin E untuk Lelaki Hebat.


Keperluan Kepada Vitamin E




Ini adalah fungsi utama vitamin E di mana ia melindungi sel-sel daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas ini merosakkan keupayaan sel untuk berfungsi dengan baik bahkan berupaya mengubah DNA. ia menyebabkan kepada meningkatnya risiko penyakit kanser.

Vitamin E memberikan sumbangan untuk memberhentikan kerosakan itu.

Vitamin E berfungsi bagi memperbaiki peredaran darah, dan membantu membina sel darah merah, otot-otot, membaiki tisu tubuh, mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan melindungi jantung anda.

Vitamin E memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut akibat kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu di dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlet dan mengendurkan otot kaki akibat kekejangan.

Vitamin E dapat meningkat pengeluran air mani lelaki. Ia juga memulihkan kemampuan reproduktif dan meningkatkan kuantiti sperma, kualiti dan motiliti sperma lelaki. Vitamin E membantu di dalam masalah kesuburan.

Ia juga meningkatkan tenaga seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih. Ia merupakan vitamin yang hebat untuk suami yang hebat.

Vitamin E mengekalkan kesihatan saraf dan otot serta menguatkan dinding kapilari secara tidak langsung melindungi jantung.

Kekurangan vitamin E memberi kesan kepada sistem saraf dan otot. Ia menjadi lemah, sukar untuk berjalan dan boleh menyebabkan kemandulan.



Nasihat Segar Untuk Lelaki Hebat


Sebagai seorang lelaki, mungkin anda kurang mengambil peduli dengan apa yang anda makan. Ini kerana anda berasa selesa dengan apa yang ada pada anda sekarang.

Pengambilan makanan yang tidak menepati ciri makanan yang berkhasiat, mungkin tidak memberi kesan yang dapat dilihat sekarang. Tapi akibatnya mungkin akan dapat dilihat apabila usia seseorang meningkat.

Mengambil langkah awal merupakan tindakan yang bijak agar anda terus dapat berkhidmat untuk mereka yang tersayang.

Sayangi diri anda, untuk keluarga dan orang yang tersayang.

Jadilah lelaki hebat dengan menjaga kesihatan sebelum penyakit datang untuk membebankan anda dan orang yang anda sayang. 

Supplement Vitamin E membantu lelaki menjadi hebat dan bertenaga
Supplement Vitamin E Membantu Meningkatkan Kesihatan



====================
Jika anda memerlukan supplement kesihatan yang dijamin selamat, berkesan dan mesra alam, anda boleh berhubung dengan saya,
====================


Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727508
Page: Kesihatan Adalah Anugerah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...