Saturday 18 October 2014

Ancaman Penyakit Ke Atas Lelaki Obesiti



Obesiti sudah menjadi masalah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kesedaran untuk mencegah obesiti harus dipertingkatkan sesuai dengan peredaran zaman. Lelaki obesiti harus berwaspada daripada ancaman penyakit yang pelbagai. Bagi mereka yang BMInya masih lagi di tahap yang baik, anda juga harus berwaspada dengan melakukan langkah pencegahan dari awal untuk elakkan ancaman penyakit disebabkan obesiti. Walaupun lelaki obesiti kelihatan sihat diluar namun ancaman penyakit yang pelbagai mungkin akan menyerang secara senyap.


Ancaman Penyakit



Obesiti berlaku disebabkan beberapa faktor. Suasana persekitaran atau gaya hidup sangat berkait  rapat dengan lelaki yang mengalami obesiti.

Lelaki yang obesiti akan terdedah kepada beberapa ancaman penyakit seperti berikut:

#1. Lemah jantung

Lelaki obesiti apabila melakukan satu aktiviti seperti menaiki tangga ke pejabat akan termengah-mengah. Ini adalah disebabkan beban kerja jantung yang berlebihan. Ini kerana peningkatan volume darah yang diperlukan nutrisi dan oksigen dalam tubuh.

Lelaki obesiti meningkatkan volume darah sehingga 10-20% bahkan sebahagian pakar menyatakan mencapai 30%. Peningkatan volume darah bererti beban tambahan bagi jantung dan otot jantung berubah struktur. Ini mengakibatkan gangguan pam jantung atau lazimnya disebut gagal fungsi jantung atau lemah jantung.

#2. Fibrilasi

Ia juga berkaitan dengan jantung. Lelaki obesiti meningkatkan risiko fibrilasi atau detak jantung tidak normal. Sepanjang fibrilasi atau berdebar, darah tidak dipam secara efektif. Kemampuan jantung dalam mengepam berkurang, menjadikan penghidap berasa lemah, pengsan dan bernafas pendek.

Gejala yang dialami oleh lelaki obesiti adalah seperti sakit dada, berdebar dan sesak nafas kerana berlaku kelainan apabila jantung mengepam darah ke otak. Sama ada detak jantung itu terlalu lemah atau terlalu cepat.

Detak jantung terlalu lemah menyebabkan jantung gagal mengepam darah ke otak menyebabkan kekurangan oksigen sehingga penghidap akan berasa pening.

#3. Timbunan Kolesterol Jahat (LDL).

Lelaki obesiti terdedah denga risiko meningkatnya kolesterol jahat atau low density lipoprotein (LDL) serta menurunnya high density lipoprotein (HDL). LDL adalah lemak jahat kerana menyebabkan kolesterol melekat pada dinding pembuluh darah.

LDL mengembang di dalam salur darah yang akhirnya memberi kesan kepada kerosakan sel-sel jantung dan mengganggu fungsi mengepam darah oleh jantung.

Penimbunan lemak pada pembuluh darah jantung menyebabkan pembekuan darah dan mengakibatkan terbentuknya protein-protein yang bersifat jahat.

Akibat timbunan Kolesterol Jahat (LDL) yang tinggi menyebabkan kadar kolesterol baik (HDL) menjadi rendah. Ini meningkatkan risiko serangan jantung.

#4. Tekanan Darah tinggi.

Lebih berat badan 20% meningkatkan risiko tekanan darah tinggi 8 kali ganda. Sebanyak 46% orang dengan BMI 27 atau obesiti ringan menghidap tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi menyebabkan penyakit kronik yang lain seperti jantung, diabetes, strok dan lain-lain.

#5. Diabetes Melitus Jenis 2

Diabetes atau kencing manis juga mengancam lelaki obesiti.  Paras gula di dalam darah meningkat disebabkan kekurangan insulin.

Selain daripada ancaman penyakit di atas, lelaki obesiti juga berisiko terdedah kepada ancaman penyakit lain seperti masalah kesuburan, strok, kanser, masalah buah pinggang dan paru-paru.

Gaya Hidup Sihat.


Sesibuk mana pun anda sebagai seorang lelaki, anda perlu memastikan tanggungjawab terhadap tubuh anda dilaksanakan. Pengabaian terhadap gaya hidup yang sihat memicu kepada berlakunya obesiti.

Pastikan anda mendapat nutrisi harian yang betul dan sentiasa bersenam.

Mulakan perubahan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

==============

Jika anda berminat mendapatkan makanan tambahan yang bersumberkan semula jadi sebagai pelengkap nutrisi harian anda, anda boleh menghubungi saya, Pengedar Shaklee Klang dan Shah Alam.

==============

Hafid Sulaiman



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...