Wednesday 29 October 2014

Antioksidan Melawan Radikal Bebas

Antioksidan Melawan Radikal Bebas

Seorang anak kecil yang tidak boleh dipisahkan dengan bantal busuknya, apabila ada seseorang yang dengan sengaja mengambil dan menyorokkan bantal tersebut, sudah pasti keadaan tidak akan terkawal selepas itu. Jika tiada yang mengawal dan mententeramkannya, maka ia akan menjadi lebih parah. Begitulah yang saya boleh gambarkan tentang radikal bebas. Radikal bebas menyebabkan banyak penyakit yang memporak perandakan tubuh anda. Antioksidan datang sebagai penyelamat bagi mewujudkan keseimbangan dalam badan. Maka kerana itu, di dalam makanan harian anda, perlu dimasukkan makanan yang berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.

Radikal Bebas Penyebab Penyakit


Cuba anda teliti bagaimana buah epal atau kentang yang mana apabila dikupas kulitnya dan dipotong akan menyebabkan ia bertukar warna menjadi perang.

Begitu juga daging-daging akan berubah baunya apabila teroksida dengan radikal bebas ini.

Radikal bebas yang paling biasa ditemui adalah daripada binaan molekul-molekul oksigen. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila anda menyedut udara yang tercemar. Radikal bebas akan merosakkan sel-sel. Apabila sel-sel rosak, ia juga akan melibatkan kerosakan tisu-tisu dan kemudian kerosakan organ. Kerosakan organ akan melibatkan masalah pada keseluruhan tubuh anda.


Jika anda mempunyai kerosakan sel yang mengeluarkan insulin di dalam pankreas, anda mungkin menghidapi diabetes. Kerosakan sel pada saraf akan menyebabkan penyakit saraf, kerosakan sel DNA mungkin akan menyebabkan kanser. Kerosakan ke atas sel disebabkan oksidan adalah sangat berbahaya.

Termasuk juga penyakit jantung, katarak, penuaan, penekanan ke atas sistem imun, Parkinson, arthritis, penyakit autoimun, kemandulan dan banyak lagi penyakit yang menyebabkan kesihatan merosot akibat daripada kegiatan radikal bebas. Radikal Bebas memainkan peranan yang sangat besar sebagai penyebab penyakit tertentu. Baca: The Role of Free Radicals in Disease.

Anda memerlukan antioksidan untuk melawan dan meneutralkan radikal bebas ini.




Sumber Antioksidan.


Vitamin A (Beta Karotena), C dan E adalah vitamin yang bertindak sebagai antioksidan. Mineral seperti selenium, zink, kuprum, mangan dan magnesium juga turut membantu. Mineral secara bersendirian pada lazimnya bukanlah satu antioksidan yang kuat, tetapi ia menjadi faktor bersama yang menyebabkan sistem antioksidan dapat berfungsi dengan baik. Banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar nutrisi tentang kehebatan antioksidan di dalam melawan radikal bebas. Baca: Antioxidant Functions of Vitamins. Vitamin E and C, Beta-Carotene, and other Carotenoids.

Bagaimana antioksidan meneutralkan radikal bebas.
Kredit: www.newyoubootcamp.com
Anda boleh mendapatkan antioksidan daripada makanan harian anda. Makanan adalah ubat yang paling mujarab untuk penyakit. Sayuran dan buah-buahan mengandungi susunan sebatian pelindung yang dikenali sebagai fitokimia. Ia bertindak melindungi sayuran dan buah-buahan daripada musuh yang merosakkan.

Pilih Antioksidan Anda Untuk Melawan Radikal Bebas


Kebanyakan sayuran dan buah-buahan merupakan antioksidan yang kuat. Jika anda makan, pastikan meja atau pinggan hidangan anda mempunyai pelbagai warna makanan.

Warna-warna seperti merah, hijau, kuning, ungu, oren, putih dan lain-lain memberikan anda sumber antioksidan yang kuat.

Bagaimana Antioksidan Meneutralkan radikal bebas
Kredit: www.bodyenergyclub.com

Umpamanya tomato yang berwarna merah, sangat baik untuk lelaki yang mahu mengurangkan risiko kanser prostat. Kanser prostat juga berpunca daripada radikal bebas. Antioksidan yang ada di dalam tomato melawan dan mencegah sel kanser daripada merebak.

Vitamin-vitamin ini juga penting untuk memastikan anda menjadi lelaki yang subur. Radikal bebas menyebabkan sperma anda menjadi lemah dan tidak berkualiti. Pengambilan supplement kesihatan untuk membantu kesuburan juga adalah digalakkan.

Nasihat yang sering saya ulang, perhatikan cara masak anda. Cara anda memasak boleh melemahkan keupayaan antioksidan. Lebih baik buah-buahan dan sayuran ini diambil secara mentah untuk memaksimumkan keupayaan antioksidan melawan radikal bebas. Basuh dengan bersih, dan minimakan pemanasan jika hendak memasaknya.

Selain cara masak yang boleh mengurangkan keupayaan antioksidan, makanan yang dipanggang dan dibakar dengan arang juga mengeluarkan karsinogen yang mungkin menyerap antioksidan yang berharga di dalam badan anda.

Supplement Antioksidan Membantu Melawan Radikal Bebas.


Makanan yang anda makan setiap hari merupakan penawar utama bagi melawan radikal bebas. Namun adakalanya anda memerlukan tambahan untuk memastikan paras antioksidan yang cukup di dalam badan anda.

Jika anda memerlukan supplement antioksidan, anda boleh mulakan dengan memilih vitamin penting iaitu BetaKarotena, Vitamin C dan Vitamin E.

Memasuki abad moden, kewujudan penyakit-penyakit baru dengan persekitaran yang baru, memerlukan manusia lebih kuat dan sihat.

Lindungi diri anda. Jadikan pemakanan yang sihat amalan anda. Pengambilan supplement kesihatan antioksidan sangat membantu anda untuk melawan radikal bebas.

====================
Jika anda memerlukan supplement antioksidan yang dijamin selamat, berkesan dan mesra alam, anda boleh berhubung dengan saya,
====================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...