Friday 3 October 2014

Glukosamin Membantu Mengatasi Sakit Lutut.


Apabila usia anda semakin meningkat, tubuh turut kehilangan keupayaan untuk memperbaharui dan mengekalkan struktur tulang rawan dan sendi sihat. Situasi ini menyebabkan anda sukar bergerak. Sakit lutut menyebabkan aktiviti yang mudah menjadi sukar. Masalah sakit lutut disebabkan rawan yang lemah dan rapuh, tisu penghubung yang terurai dan geseran yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan. Tubuh tidak mampu memperbaiki kerosakan di sendi. Ini kerana Glukosamin (GS-Glucosamine Sulphate) yang merupakan bahan semula jadi dalam tubuh untuk memperbaiki radang sendi, tidak dikeluarkan oleh tubuh secara mencukupi.

Apa Itu Glukosamin?


Glukosamin adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran.

Banyak kajian menunjukkan bahawa glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti.



Jika anda mempunyai masalah sakit lutut dan anda pergi berjumpa dengan doktor, antara supplemen yang disyorkan untuk diambil adalah Glukosamin.

Glukosamin boleh di dapati dalam dua bentuk iaitu Glucosamine sulphate iaitu bersumberkan daripada cengkerang makanan laut seperti ketam, udang dan lobster.

Dan yang kedua, Glucosamine Hydrochloride iaitu yang bersumberkan tumbuhan seperti ekstrak jagung.

Selain itu, terdapat juga dipasaran yang menggabungkan beberapa bahan lain bersama dengan glukosamin seperti Chondroitin. Chondroitin ini diperoleh daripada tulang rawan ‘cartilage’ lembu.

Terdapat beberapa kajian ia sangat membantu mengatasi masalah sakit lutut.

Anda boleh baca tulisan DR Zubaidi. 

Vitamin Dan Mineral Lain Yang Membantu Mengatasi Sakit Lutut.


Selain daripada glukosamin, terdapat juga vitamin dan mineral lain yang penting bagi membantu mengatasi sakit lutut. Setiap satu vitamin dan mineral ini mempunyai peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Antaranya adalah vitamin C. Vitamin C adalah antioksidan yang melawan radikal bebas yang merosakkan bendalir sendi. Ia juga membantu pembentukan kolagen.

Omega 3 juga sangat baik untuk sendi kerana ia bertindak sebagai anti radang. Ia mengurangkan keradangan dan kesakitan akibat pergerakan sendi.

Mineral seperti kalsium, zink, kuprum dan manganes juga membantu menguatkan tulang. Mineral ini juga penting untuk membina tisu penghubung.

Sebagai langkah pencegahan, seseorang yang masih sihat dan tidak mengalami masalah sakit lutut dinasihatkan supaya prihatin dengan hidangan harian.

Tambahkan hidangan yang mengandungi banyak vitamin dan mineral di atas seperti brokoli, ikan sardin, salmon, susu,  kekacang dan lain-lain.



Supplement Yang Boleh Membantu Mengatasi Sakit Lutut.


Banyak supplement di pasaran yang mudah didapati di farmasi dan klinik. Kebanyakannya adalah dari sumber cengkerang haiwan makanan laut seperti udang, ketam dan lobster.

Saya ingin memberikan satu pilihan kepada anda yang memerlukan supplement Glukosamin yang bersumberkan tumbuhan semula jadi. Ia telah diuji secara klinikal bertindak dalam masa 5 hari.

Advance Joint Health Tablet atau AJHT adalah supplement Glukosamin yang diekstrak daripada sumber tumbuhan iaitu jagung.

AJHT menampilkan glukosamin hidroklorid yang mempunyai sumber yang paling tinggi kepekatannya.

AJHT juga mengandungi ekstrak Boswellia yang mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Selain itu, ia juga mengandungi kombinasi vitamin dan mineral lain iaitu Vitamin C, Zink, Kuprum dan Mangnese yang membantu mengatasi sakit lutut.



Info lanjut: AJHT

===================

Terima kasih kerana membaca kerana anda prihatin dengan masalah anda atau orang yang anda sayang.

Saya telah kongsikan kepada anda tentang Glukosamin yang membantu mengatasi sakit sendi.

Saya juga telah kongsikan cadangan supplement untuk sakit lutut.

Anda pasti mahukan AJHT untuk anda memperoleh glukosamin yang terbaik daripada sumber tumbuhan semula jadi.

Cuma RM124 sahaja untuk Glukosamin yang terbaik daripada sumber tumbuhan ini.

Hubungi saya untuk info lanjut dan tempahan. Tindakan segera anda amatlah dihargai.

------------------------------ 
Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam

Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...