Thursday 16 October 2014

Kalsium: Keperluan Untuk Tulang Yang Kuat




Anda pasti mengetahui bahawa kalsium adalah keperluan untuk tulang yang kuat dan sihat. Hampir semua kalsium yang ada di dalam tubuh anda terdapat di dalam tulang. Kalsium diperlukan untuk membina struktur tulang dan gigi serta fungsi saraf dan otot. Apabila umur semakin meningkat, keperluan kalsium juga perlu ditingkatkan agar apabila semakin berusia, anda dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan tulang kerana anda mempunyai jisim tulang yang baik dan kuat.

Sumber kalsium.


Kebanyakan individu mengetahui bahawa susu atau produk tenusu mempunyai kalsium yang terbaik untuk badan.

Tidak hairanlah jika iklan-iklan di televisyen banyak mempromosikan susu-susu yang tinggi kandungan kalsium untuk membantu seseorang itu mempunyai kepadatan tulang yang baik dan kuat.

Namun sebenarnya, mungkin sebahagian makanan yang sering anda makan setiap hari mengandungi lebih kalsium berbanding susu yang diminum.

Sebagai contoh, sayuran seperti kacang botol, brokoli, bayam, bok choy dan daun lobak putih juga mengandungi kandungan kalsium yang terbaik untuk badan.

Selain itu juga, ikan sardin, ikan bilis, ikan salmon, almond, kuning telur, bijirin dan buah tin juga merupakan sumber kalsium untuk tulang yang sihat.


Makanan yang mengandungi kalsium untuk tulang yang kuat


Nutrien  Binaan Tulang.


Tahukah anda bahawa kalsium memerlukan nutrien binaan tulang yang lain untuk penyerapan yang terbaik. Jika anda mempunyai masalah tulang yang rapuh, sudah mula rasa sakit belakang, anda bukan sahaja memerlukan kalsium, bahkan anda memerlukan pelbagai nutrien lain untuk menyokong kesihatan anda.

Antara yang paling penting adalah vitamin D dalam bentuk aktifnya iaitu D3.

Vitamin D ini merangsang dan meningkatkan penyerapan kalsium untuk meninggikan ketumpatan tulang.

Magnesium juga diperlukan untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan.

Boron bertindak sebagai penyusun. Ia memetabolimekan tulang.

Manakala Zink, Cooper dan Mangan diperlukan untuk mengaktifkan enzim-enzim yang terlibat untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.

Nutrien ini boleh di dapati di dalam makanan harian anda. Mulakan langkah pencegahan sekarang agar apabila usia anda meningkat, anda masih mampu kekal bertenaga dengan mempunyai tulang yang kuat.

Namun jika anda merasakan anda perlu mengambil makanan tambahan atau supplement, anda perlu memerhatikan bahawa ia bukan sahaja mengandungi kalsium tetapi mineral dan vitamin yang lain untuk penyerapan yang terbaik bagi menghasilkan tulang yang kuat.

Pengambilan supplement kesihatan adalah digalakkan agar setiap hari anda mendapat nutrien yang mencukupi untuk kesihatan optimum.



Calcium is an important component of a healthy diet and a mineral necessary for life. The National Osteoporosis Foundation says, "Calcium plays an important role in building stronger, denser bones early in life and keeping bones strong and healthy later in life." Approximately 99 percent of the body's calcium is stored in the bones and teeth.
Baca lagi: wikipedia.

===============

Jika anda ingin mendapatkan nutrien binaan tulang sebagai tambahan kepada apa yang anda makan setiap hari, saya cadangkan anda dapatkan OSTEMATRIX.

OSTEMATRIX adalah supplement kesihatan tulang yang diformulasi khas dengan campuran nutrien binaan tulang yang berkualiti tinggi.


Strong Bone For A Strong Body

Hafid Sulaiman.
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...