Thursday 23 October 2014

Perlukah Lelaki Mengambil Supplement Kesihatan?


Perlukah Lelaki Ambil Supplement Kesihatan


Ramai berbicara sama ada lelaki perlu mengambil supplement kesihatan atau tidak. Di pasaran, terdapat banyak supplement kesihatan khusus untuk lelaki. Lihat sahaja di kaca televisyen, beberapa artis lelaki menjadi duta kepada supplement kesihatan tersebut. Semuanya mempunyai tujuan yang murni iaitu meningkatkan kesihatan lelaki khususnya untuk memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang mereka bekerja. Sibuk dengan urusan kerja, di samping aktif dengan pelbagai aktiviti termasuk sukan memerlukan seorang lelaki itu mengambil supplement kesihatan yang pelbagai.


Sudut Pandang Yang Berbeza.


Terdapat juga sebahagian lelaki yang memandang bahawa lelaki tidak perlu mengambil supplement kesihatan. Apa yang perlu adalah seorang lelaki itu hanya perlu menjaga corak pemakanan yang betul.

Apa yang mereka katakan itu sangat tepat. Seorang lelaki tidak perlu mengambil supplement kesihatan atau makanan tambahan yang lain jika ia mampu mengikut disiplin dan peraturan yang betul di dalam pemakanan.

Jika anda mengetahui vitamin dan mineral apa yang diperlukan oleh seorang lelaki, hidangan yang dimakan memenuhi keperluan harian vitamin dan mineralnya, apa yang dimakan mampu mencegah penyakit-penyakit tertentu, dan apa jua perkara yang berkaitan dengan apa yang akan dimakan, sudah dipastikan mampu memberikan faedah kesihatan, maka ketika itu anda bebas untuk tidak memilih supplement kesihatan.



Bukan itu sahaja, anda juga mengetahui bagaimana cara proses yang betul untuk makanan tersebut, cara potong, cara masak dan lain-lain bagi memastikan nutrien yang diperlukan melalui pengambilan makanan tersebut tidak hilang.

Kurang garam, kurang gula, rempah ratus apa yang hendak digunakan, cara pemanasan, campuran makanan yang sesuai dan lain-lain.

Jika anda mampu mengikuti disiplin yang betul di dalam pemakanan, anda boleh hidup sihat dengan cara begitu.

Hidup dengan cara ini adalah cara yang terbaik kerana anda hidup dengan apa yang telah disusun oleh Tuhan. Allah telah mengatur segala-galanya di alam ini. Jika anda hidup harmoni dengan alam dan mengikut ketentuannya, maka anda dengan izinNya akan beroleh kesihatan yang terbaik.

Supplement Kesihatan Bukan Pengganti


Supplement bukanlah berfungsi sebagai pengganti (replacement). Makan makanan biasa adalah paling utama. Supplement kesihatan hanyalah berfungsi sebagai makanan tambahan untuk memenuhi keperluan harian anda.

Jika anda tidak mampu memenuhi keperluan nutrien harian anda, pengambilan supplement kesihatan amatlah digalakkan. Tapi jangan sekali-kali meninggalkan makanan harian anda. Buah-buahan dan sayuran wajib diambil. Begitu juga sumber-sumber protein, karbohidrat dan lemak daripada makanan tidak boleh dipisahkan. Itu adalah asas.

Makanan seimbang


Apa Yang Kurang Di Dalam Hidangan Anda???


Setiap hari, anda perlukan karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.

Protein harian mudah didapati di dalam hidangan harian seperti telur dan daging. Namun anda perlu memastikan protein yang anda peroleh adalah protein yang berkualiti yang mengandungi asid amino perlu.

Protein memberikan tenaga sepanjang hari. Rendah protein boleh menyebabkan tekanan terhadap sistem imun. BACA SINI


Lelaki perlu mengambil supplement kesihatan

Vitamin dan Mineral


Vitamin yang penting bagi seorang lelaki adalah A, C dan E. Ia adalah antioksidan yang terbaik untuk melawan penyakit. Vitamin-vitamin yang lain juga perlu diambil perhatian.

Kebanyakannya boleh di dapati di dalam sayuran buah-buahan yang dimakan. Brokoli, tomato, ulam-ulaman, lada merah, kentang, pisang, anggur, oren, epal dan macam-macam lagi.

Vitamin ini sangat penting terutamanya untuk mencegah dan melawan pelbagai jenis penyakit dan virus. BACA SINI

Mineral seperti zink, kalsium, selenium, cooper dan lain-lain juga perlu diambil setiap hari. Anda harus peka dengan apa yang anda makan. BACA JUGA

Namun jika anda rasa apa yang anda makan tidak memenuhi keperluan harian anda, cara masak yang berminyak, lebih garam dan gula, maka keperluan untuk mengambil supplement kesihatan perlu dipertimbangkan.

Jika anda sering makan di kedai, sering stress, sering sakit kepala, sering sibuk, tak jaga makan, kurang bersenam, sering jatuh sakit dan banyak masalah disebabkan pemakanan, sudah masanya untuk anda memperbetulkan gaya hidup anda. Pengambilan supplement kesihatan adalah dicadangkan. 

Anda Sihat dan Tidak Mahu Ambil Supplement


Satu lagi cara fikir ialah "jika anda sihat, anda tidak perlu ambil supplement. Jika anda jatuh sakit, anda akan ambil ubat.. Lelaki yang ambil supplement kesihatan pun boleh jatuh sakit."

Cara fikir begini juga betul. Jika anda sihat melalui cara pemakanan yang betul, dan tiba-tiba jatuh sakit, anda akan segera berjumpa doktor, dan mengambil ubat yang doktor sarankan.

Lelaki yang ambil supplement kesihatan juga boleh terdedah dengan risiko penyakit. Supplement bukanlah pendinding yang kebal daripada terkena penyakit.

Cuma cara berfikir bagi orang yang mengambil supplement kesihatan adalah apabila mereka terkena penyakit seperti selesema dan demam, mereka mahu mengalami paling sedikit gejala-gejala dan dapat sembuh semula secepat mungkin.

Akhirnya saya inginkan katakan bahawa anda bebas untuk memilih mengambil supplement kesihatan atau tidak??? Anda bebas untuk mencari alasan. Pilihan di tangan anda...

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca.

NAK SUPPLEMENT KLIK SINI


Hafid Sulaiman.

FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...