Sunday 19 October 2014

Punca Obesiti Dalam Kalangan Lelaki



Umur meningkat dan saiz ukuran pinggang juga meningkat. Itu menunjukkan anda sedang menuju obesiti. Sejarah menyatakan bahawa obesiti merupakan masalah klasik. Ketika zaman Rom, lelaki dan wanita yang obesiti perlu membayar pajak lebih tinggi untuk makanan dan minuman yang dibeli. Sebahagian lelaki tidak menyedari bahawa dirinya sedang menuju ke obesiti. Apabila seorang lelaki itu sedar bahawa dia adalah obesiti, dia memerlukan masa yang lama untuk kembali ke saiz tubuh yang ideal. Banyak punca berlakunya obesiti dalam kalangan lelaki yang jika anda tidak menyedarinya, ia boleh membawa kepada ancaman penyakit yang akan menyusahkan hidup anda.


Sudut pandang


Bagi perempuan obesiti adalah menakutkan. Namun bagi lelaki ia mungkin tidak menjadi masalah kerana sudut pandang yang berbeza. Walaupun badan mereka berisi dan siaz pinggang yang besar, sebahagian besar mereka masih lagi mampu tampil dengan yakin di hadapan orang. Namun tidak bagi kebanyakan wanita. Kerana tubuh yang langsing menjadi idaman bagi setiap wanita.

Namun sedarkah lelaki obesiti ini bahawa ancaman penyakit yang boleh membawa maut sedang menanti mereka. Umpama jika ada gula, pasti ada semut. Jika ada obesiti, pasti ada penyakit.


 

Punca Obesiti Dalam Kalangan Lelaki


Secara umumnya, terdapat dua faktor besar yang menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti iaitu faktor persekitaran dan faktor genetik.

Faktor genetik iaitu faktor keluarga yang memang kebanyakannya adalah dalam kalangan mereka yang obesiti. Namun faktor ini juga sangat berkait rapat dengan persekitaran.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca, bagaimana faktor persekitaran atau gaya hidup itu menjadi punca kepada obesiti dalam kalangan lelaki.

Saya simpulkan dalam beberapa ‘point’ berikut:

#1. Banyak duit.


Lelaki yang banyak duit berkeinginan untuk makan makanan yang pelbagai sehingga menyebabkan perubahan daripada keadaan kekurangan nutrisi kepada berlebihan nutrisi. Pendapatan yang semakin meningkat diiringi dengan kepelbagaian makanan yang sedap namun tidak berkhasiat menyebabkan berlakunya obesiti dalam kalangan lelaki.

Lelaki bujang terutamanya, sering makan di kedai mahu pun restoren yang mahal jika dibandingkan dengan memasak makanan sendiri di rumah. Terdapat juga sebahagian lelaki yang suka hidup ala barat termasuklah dalam hal pemakanan. Kuasa duit yang ada pada mereka tidak menjadi masalah untuk menikmati semua itu.

Ini termasuk juga makan makanan di restoren makanan segera yang nilai harganya lebih tinggi berbanding kedai makan biasa.

#2. Teknologi Makanan Masa Kini


Teknologi pemakanan masa kini mendorong pengeluaran makanan yang pelbagai dan sebahagiannya tidak mempunyai nutrient yang diperlukan oleh tubuh. Kepelbagaian makanan yang terdapat di pasar raya memudahkan seorang lelaki itu mendapatkan makanan yang menarik perhatian.

Makanan yang diproses, diletakkan bahan pengawet, perasa tiruan, pewarna tiruan dan tambahan-tambahan lain yang tidak berkhasiat tetapi menjadikan makanan itu sedap. Ia sudah cukup untuk seseorang lelaki yang malas masak untuk mengambil sesuatu yang mudah untuk dimakan.

Teknologi juga menyebabkan seseorang lelaki itu menjadi malas. Dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja atau membuat panggilan telefon, makanan dihantar di hadapan pintu rumah. Mereka tidak memikirkan apa yang diperlukan oleh tubuh mereka. Menyumbat dan terus menyumbat sehingga menjadi obesiti.

#3. Minuman berkarbonat.


Minuman yang sedap yang menjadi pilihan lelaki. Coca-cola, pepsi, dan pelbagai jenama minuman berkarbonat lain yang mudah didapati di kedai.

Umum mengetahui bahawa kandungan gula di dalam minuman ini sangat tinggi. Ia menyumbang kepada kalori yang besar.

Bagi lelaki yang kurang pergerakan dan banyak duduk di hadapan computer, pengambilan minuman ini secara berlebihan menyebabkan kalori yang tidak dibakar itu akan menjadi lemak yang tersimpan yang meningkat risiko obesiti dan penyakit lain.

#4. Sarapan yang diabaikan


Pengambilan sarapan sangat penting. Sibuk bagaimana sekali pun anda, anda perlu memastikan anda makan sarapan pagi yang berkhasiat untuk tenaga sepanjang hari.

Pengabaian sarapan pagi menyebabkan anda makan tengahari dalam hidangan yang banyak. Ini meningkatkan lagi risiko obesiti.

#5. Kurang Bersenam


Lelaki yang kurang bersenam memang sangat berisiko untuk mendapat obesiti. Alasan tidak mempunyai masa yang cukup untuk pergi beriadah perlu ditolak ke tepi.

Carilah peluang dan ruang-ruang semasa anda bekerja untuk bersenam. Parking jauh daripada pejabat untuk berjalan santai ke pejabat, memilih tangga daripada lif, melakukan banyak pergerakan yang boleh membakar kalori dan lain-lain. Lakukan senaman yang mudah dan fleksibel di rumah atau pejabat.

#6.  Menonton Televisyen.


Duduk di hadapan televisyen, sambil menikmati hidangan makanan terutamanya apabila melepak di kedai mamak, menonton perlawanan bola sepak di skrin besar sambil menikmati kentang goreng, roti canai dan teh tarik. Balik rumah dan terus tidur.

Ia merupakan satu aktiviti yang cukup ‘bagus’ untuk menjadikan anda lelaki yang obesiti.

#7. Makanan Segera.


Restoren Makanan segera tumbuh bak cendawan bertujuan memudahkan orang ramai yang sibuk bekerja dan yang tak sempat menyediakan makanan di rumah.

Adakah anda terlampau sibuk sehingga tidak sempat untuk makan makanan yang berkhasiat. Inilah yang menjadi gaya hidup sebahagian daripada lelaki zaman moden.

Bayangkan berapa banyak lemak yang tersimpan di dalam tubuh anda apabila kalori itu tidak segera dibakar??? Anda jadi lelaki obesiti.


Mungkin banyak lagi punca lelaki menjadi obesiti yang relevan untuk diketengahkan.

TAPI mungkin punca-punca yang saya bawakan di atas telah cuba untuk dielakkan oleh sebahagian orang lelaki, namun berat badan tetap naik. Mungkin anda mempunyai faktor-faktor lain yang menyebabkan anda menjadi lelaki obesiti.

Kesedaran untuk memulakan gaya hidup yang sihat mencegah anda daripada menjadi lelaki obesiti.

Jom sihat…


==============
Jika anda berminat mendapatkan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi harian anda, hubungi saya, Pengedar Shaklee Klang dan Shah Alam.
==============

Hafid Sulaiman

SMS/WhatsApp: 013-3727.508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...