Thursday 30 October 2014

Vitamin C Sebagai Antioksidan

Vitamin C mencegah pelbagai penyakit seperti kanser


Vitamin C adalah salah satu daripada antioksidan yang berfungsi mencegah pelbagai jenis penyakit. Sebagai antioksidan, fungsi utamanya adalah untuk meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca penyakit di peringkat sel. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa dengan menambah antioksidan seperti vitamin C di dalam hidangan harian, risiko untuk mendapat penyakit semakin rendah. Vitamin C sebagai antioksidan ini akan memungut, menghapuskan atau meneutralisasikan radikal bebas. Selagi wujud keseimbangan antara radikal bebas dalam badan dan antioksidan seumpama vitamin C yang menghapuskannya, maka boleh dikatakan bahawa tahap kesihatan anda adalah baik.

Apa Yang Vitamin C Lakukan??

Mengurangkan Gejala Penyakit


Vitamin C terbukti mengurangkan banyak gejala penyakit dan memendekkan tempoh penyembuhan. Jika anda biasa mengambil vitamin C tambahan atau supplement, anda akan dapat merasai perbezaannya. Ini kerana anda mengambil lebih daripada keperluan harian iaitu 60mg. Anda mengambil supplement mungkin kerana anda tahu vitamin C itu telah hilang atau berkurangan di dalam hidangan harian anda.

Walaupun anda terdedah kepada demam atau selesema, anda mampu mengurangkan kekerapan ia berlaku dan dapat memendekkan tempoh penyembuhan. Begitu juga penyembuhan luka dan lebam, ia akan cepat sembuh kerana vitamin C penting di dalam pembentukan kolagen. Vitamin C menguatkan sistem imun kerana sistem imun yang baik menjadi asas kepada kesihatan anda keseluruhannya.


Melawan Radikal Bebas - Sebagai Antioksidan


Vitamin C adalah vitamin larut air dan sebagai antioksidan ia memburu dan meratah radikal bebas dalam bahagian yang berair di antara sel-sel sebelum radikal bebas itu dapat menyerang bahagian-bahagian yang berlemak pada membran sel dan menyebabkan beberapa masalah yang buruk.

Vitamin C sebagai antioksidan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam pencegahan kanser. Kanser juga berpunca daripada radikal bebas. Vitamin C mampu menghapuskan kimia berbahaya yang ada dalam sekitar anda. Contohnya nitrat yang boleh dijumpai di dalam daging yang diawet, asap rokok dan sesetengah air minuman yang bertukar menjadi karsinogen yang berbahaya. Vitamin C menyekat kejadian kimia berbahaya di dalam badan anda sehingga 90%.


Membantu Mengurangkan Risiko Masalah Jantung


Vitamin C juga penting terhadap pencegahan penyakit jantung. Ini kerana sebagai antioksidan, vitamin C dapat mencegah pengoksidaan kolesterol LDL daripada bertukar menjadi bahan yang lebih berbahaya.

Stress


Stress atau tekanan menyebabkan anda mudah jatuh sakit. Tekanan fizikal atau emosi akan menyusutkan vitamin C di dalam badan anda dan ini mengurangkan fungsi antioksidan melawan radikal bebas. Disebabkan itu adalah disyorkan untuk anda urus dan kurangkan stress dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan. Ia diperlukan untuk mencipta pelbagai jenis hormon dan menurunkan hormon yang menggalakkan stress.


Saraf


Penyakit Parkinson ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan otot menggeletar, kaku, pergerakan perlahan dan kehilangan kawalan otot. Ia juga disebabkan oleh radikal bebas yang membuat kerosakan. Vitamin C sebagai antioksidan dipercayai membantu memperlahankan perkembangan penyakit ini.

Kajian menunjukkan bahawa para pesakit artritis umumnya mempunyai rendah vitamin C. Radikal bebas meningkat secara mendadak ketika pembengkakan. Antioksidan seperti Vitamin C membantu membanteras perkara ini dan mengurangkan gejala penyakit serta perkembangannya.


Kurangkan Tanda-tanda Penuaan


Radikal bebas juga menyebabkan penuaan berlaku lebih awal. Kulit kedut, mata rabun, organ tubuh yang semakin lemah, tulang rapuh dan banyak lagi tanda-tanda penuaan. Pengambilan vitamin C sebagai antioksidan membantu menyahkan kimia berbahaya, membantu pembentukan tulang, pembaikan tisu dan diperlukan di dalam pembentukan rawan dan kolagen. Umum mengetahui bahawa kalsium adalah keperluan untuk tulang yang kuat, namun tanpa vitamin C pembinaan tulang tidak akan sempurna.


Kesuburan


Bagi lelaki, vitamin C sangat baik untuk meningkatkan kesuburan. Radikal bebas menyebabkan sperma anda bermasalah. Vitamin C mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi DNA daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok serta menjadikan ia lebih bergerak ke hadapan dan cepat. Lelaki digalakkan mengambil supplement kesuburan untuk meningkatkan keupayaan sperma.


Kajian dan Penyelidikan


Kajian telah banyak dibuat yang menunjukkan bahawa vitamin C sangat bermanfaat untuk melawan radikal bebas dengan bertindak sebagai antioksidan. Anda boleh membaca mana-mana laporan kajian seperti yang terdapat di dalam Linus Pauling Institute atau di dalam NCBI.

Di sini saya ingin kongsikan lagi bagaimana Vitamin C sebagai antioksidan ini bertindak di dalam satu penyakit yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Penyakit Jantung.


Secara umumnya nutrien-nutrein antioksidan melindungi jantung daripada radikal bebas melalui 3 cara:

1- Antioksidan akan meresap radikal bebas sebelum ia dapat merosakkan lapisan arteri.
2- Antioksidan menghalang reaksi berantai atau kesan ‘domino’ radikal bebas LDL setelah reaksi ini bermula.
3- Antioksidan dapat membendung pengeluaran radikal bebas dengan menggunakan sel-sel berbuih yang sudah berada di dalam plak dan dengan itu mencegah kerosakan  yang lebih buruk.

Dalam hal ini, beta karotena, vitamin C dan vitamin E memainkan peranan yang penting sebagai antioksidan.

Vitamin C bergandingan dengan dua vitamin lain dalam membantu mengurangkan pembentukan plak dalam arteri anda. Molekul LDL adalah sangat kompleks. Ia mempunyai kompenan berlemak, tetapi seperti mana juga bahagian-bahagian badan anda yang lain, ia juga mempunyai bahagian yang berair. Vitamin C bertindak melindungi kawasan yang berair.

Pengketulan platelet darah merupakan permulaan bagi kejadian penggumpalan darah. Platelet mula melekat bersama dan juga kepada dinding arteri. “Pra gumpalan” yang melekat ini boleh menyumbatkan arteri yang sempit dan menyebabkan serangan jantung. Kajian ke atas manusia menunjukkan pengambilan 1000-2000mg vitamin C sehari dapat mengurangkan pengketulan platelet darah dan kecenderungannya untuk melekat pada dinding arteri. Ini adalah satu tindakan antioksidan oleh vitamin C.

Pengambilan Vitamin C



Sumber vitamin C daripada makanan harian anda sangat banyak. Namun vitamin C itu telah hilang disebabkan proses-proses tertentu seperti memasak.

Dicadangkan anda mengambil sekurang-kurangnya 60mg sehari, namun untuk kesihatan yang optimum, Anda boleh mengambil sehingga 500-2000mg.

Di bawah ini disertakan contoh pengambilan vitamin C melalui makanan harian anda.


Food
Serving
Vitamin C (mg)
Orange juice
¾ cup (6 ounces)
62-93
Grapefruit juice
¾ cup (6 ounces)
62-70
Kiwifruit, gold
1 fruit (86 g)
91
Orange
1 medium
70
Grapefruit
½ medium
38
Strawberries
1 cup, whole
85
Tomato
1 medium
16
Sweet red pepper
½ cup, raw chopped
95
Broccoli
½ cup, cooked
51
Potato
1 medium, baked
17
Spinach
1 cup, raw
8
Diambil daripada Linus Pauling Institute.

Pengambilan supplement vitamin C juga sangat wajar, untuk memastikan anda mendapat perlindungan antioksidan yang terbaik untuk kesihatan anda.

Bagi mereka yang tidak mampu menyediakan dan mengambil vitamin C melalui hidangan makanan harian, Supplement vitamin C sangat membantu anda. Pilihlah supplement yang terbaik dan berkualiti berdasarkan penelitian dan kajian anda sendiri.

====================
Jika anda memerlukan supplement antioksidan yang dijamin selamat, berkesan dan semula jadi, anda boleh berhubung dengan saya untuk khidmat nasihat percuma:
====================
Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727 508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...