Wednesday 31 December 2014

Dapatkan Set Kesihatan Lelaki Shaklee daripada Pengedar Shaklee Klang

Supplement Kesihatan Lelaki


Rangkaian produk Shaklee membantu lelaki untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh. Sebagai Pengedar Shaklee Klang dan kawasan sekitarnya seperti Setia Alam, Meru, Kapar, Shah Alam dan lain-lain, saya membantu anda yang tinggal di kawasan ini mendapatkan Set Kesihatan Lelaki Shaklee atau mana-mana produk Shaklee yang lain secara COD.

Tuesday 30 December 2014

Produk Supplement Kesihatan Mesti Beli Tahun 2014

Vitamin C dan Vitamin E mesti beli 2014


Jom alami kehidupan yang harmoni dengan alam. Sebelum berakhir bulan Disember 2014 yang tidak berapa lama lagi, anda mesti beli produk supplement kesihatan yang terbaik untuk kesihatan anda yang telah ditawarkan oleh Shaklee. Bulan Disember 2014, Shaklee menawarkan promosi untuk produk Vitamin C dan Vitamin E iaitu Sustained Release Vita-C Plus dan Vita-E Complex. 2 produk ini seharusnya di dalam senarai mesti beli anda tahun 2014.

Dapatkan Set Kesihatan Keluarga Shaklee Daripada Pengedar Shaklee Klang.

Dapatkan produk Shaklee daripada Pengedar Shaklee Klang


Shaklee mengajak anda untuk menyelami kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik melalui produknya yang berkualiti tinggi. Kami pengedar Shaklee percaya bahawa makan secara seimbang dan sihat serta pengambilan supplement kesihatan yang berkualiti membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan tubuh. Bagi anda yang berkeluarga, anda boleh dapatkan Set Kesihatan Keluarga Shaklee daripada saya, pengedar Shaklee Klang.

Sunday 28 December 2014

INFOGRAFIK: Manfaat Vitamin C

ketahui keperluan dan manfaat vitamin C


Vitamin C merupakan antioksidan. Ia merupakan nutrien penting yang terlibat di dalam banyak fungsi badan. Vitamin C dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan sistem imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, kulit, tulang, otot dan pembuluh darah. Untuk entri kali ini, saya hanya memaparkan infografik tentang manfaat vitamin C untuk tatapan pembaca.

Tuesday 23 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Cegah Dan Kawal Kencing Manis

Tips lelaki sihat, cegah dan kawal kencing manis


Penyakit kencing manis atau diabetes adalah keadaan terdapatnya paras gula berlebihan dalam peredaran darah. Keadaan ini berlaku kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan bagi menukar gula kepada tenaga. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya kongsikan secara ringkas tips untuk cegah dan kawal kencing manis.

Monday 22 December 2014

Lelaki, Kencing Manis Dan Kesihatan Zakar


Mati pucuk disebabkan kencing manis.


Kajian menunjukkan kencing manis atau diabetes menjadi ancaman kepada lelaki seiring dengan peningkatan umur. Bahkan mereka yang berusia awal 20-an dan 30-an juga berisiko menghidap penyakit ini. Salah satu komplikasi kencing manis kepada lelaki adalah terhadap kesihatan zakar. Lelaki mempunyai masalah mati pucuk iaitu masalah mencapai ketegangan zakar atau masalah tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar.

Wednesday 17 December 2014

Vitamin C Untuk Bekalan Sepanjang Hari

Sustained release Vita-C Plus 500mg terbaik untuk kesihatan anda.

Tahukah anda bahawa anda sering kali kekurangan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Saya akan tunjukkan satu produk vitamin C yang terbaik untuk anda. Sustained Release Vita-C daripada Shaklee adalah pilihan paling tepat dan pilihan yang bijak sebagai bekalan sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh anda disebabkan oleh aktiviti harian.

Saturday 13 December 2014

OmegaGuard Shaklee: Minyak Ikan Omega-3 Yang Menyokong Kesihatan Jantung

omegaguard shaklee: minyak ikan omega-3 yang membantu menjaga jantung anda.


Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting. Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia. Salah satu sumber terbaik omega-3 adalah melalui makanan laut atau lebih tepat lagi minyak ikan. Banyak kajian dan bukti yang nyata yang membuktikan minyak ikan omega-3 menyokong kesihatan jantung. Kali ini, jom berkenalan dengan salah satu produk Shaklee yang terbaik bersumberkan minyak ikan omega-3 iaitu OmegaGuard Shaklee.

Thursday 11 December 2014

VIVIX Penemuan Revolusioner oleh Shaklee Dalam Pemakanan Polifenol

VIVIX penemuan revolusioner oleh Shaklee membantu melambatkan penuaan


VIVIX adalah Botanical Beverage Mix atau minuman campuran botani yang melambangkan revolusi penemuan dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. VIVIX adalah penemuan revolusiner oleh Shaklee.

VIVIX mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

Monday 8 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Jom Ubah Tabiat Ke arah Kehidupan Yang Lebih Sihat



Kesihatan badan banyak bergantung kepada tabiat individu. Seseorang yang seringkali mengabaikan tanggungjawab terhadap tubuh badan, pasti akan menyesal dengan tabiat buruk yang diamalkan. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya ingin berkongsi dengan cara ubah tabiat ke arah kehidupan yang lebih sihat. Berusahalah untuk merubah gaya hidup anda secara perlahan-lahan agar anda dapat menjadikannya tabiat yang akan sentiasa anda lakukan.

Saturday 6 December 2014

Tips Lelaki Sihat: Cara Mudah Menjaga Kesihatan Jantung Anda

cara mudah menjaga kesihatan jantung


Bercerita pasal serangan jantung, ia pasti menjadi igauan ngeri bagi sesiapa yang pernah merasainya. Tidak kira tua atau muda, serangan jantung boleh menyerang siapa sahaja. Lelaki yang merasa dirinya sihat juga, boleh terkena serangan jantung secara tiba. Dalam tips lelaki sihat ini, saya ingin berkongsi cara mudah menjaga kesihatan jantung anda.

Wednesday 3 December 2014

Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah Atau Mati Pucuk


ereksi zakar lemah sebab tekanan darah tinggi

Ereksi zakar yang keras bergantung kepada kepadatan liang otot zakar yang mengandungi kandungan darah yang banyak. Apabila perasaan seksual lelaki terangsang, darah masuk dengan lancar dalam kuantiti banyak dalam liang otot zakar. Namun, ereksi zakar yang keras mungkin tidak terjadi disebabkan aliran darah yang tidak sempurna. Tekanan darah tinggi mungkin menjadi punca ereksi zakar lemah atau mati pucuk.

Tuesday 2 December 2014

Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap Yang Boleh Dikawal

Cara mengawal tekanan darah tinggi


Hypertension atau tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Digelar sebagai pembunuh senyap atau 'silent killer' yang tidak memberikan apa-apa tanda tentang kehadirannya, ia mampu mendatangkan kematian hasil daripada pembunuh lain yang dibawa olehnya. Namun berita baik bagi penghidap tekanan darah tinggi, pembunuh senyap ini boleh dikawal dan dicegah melalui beberapa perubahan dalam kehidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...