Monday 22 December 2014

Lelaki, Kencing Manis Dan Kesihatan Zakar


Mati pucuk disebabkan kencing manis.


Kajian menunjukkan kencing manis atau diabetes menjadi ancaman kepada lelaki seiring dengan peningkatan umur. Bahkan mereka yang berusia awal 20-an dan 30-an juga berisiko menghidap penyakit ini. Salah satu komplikasi kencing manis kepada lelaki adalah terhadap kesihatan zakar. Lelaki mempunyai masalah mati pucuk iaitu masalah mencapai ketegangan zakar atau masalah tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar.


Kencing Manis Yang Menghilangkan Kemanisan Hidup


Banyak punca seorang lelaki itu menghidap kencing manis. Antaranya pemakanan yang tidak sihat iaitu pemakanan yang tinggi gula dan karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik tinggi. Gaya hidup seperti kurang bersenam, merokok, tekanan dan sebagainya juga mendedahkan seseorang itu kepada risiko kencing manis.

Seorang lelaki yang disahkan kencing manis telah hilang kemanisan hidupnya. Kencing manis menyebabkan masalah pada salur darah dan sistem saraf. Masalah kepada sistem saraf ini menyebabkan beberapa masalah lain seperti:

  • ·        Sukar mengawal kencing.
  • ·        Kerap mendapat jangkitan pada salur dan pundi kencing.
  • ·        Degupan jantung laju secara tiba-tiba
  • ·        Masalah penghadaman, loya, muntah dan kembung perut secara tiba-tiba.
  • ·        Rasa pening dan mahu pitam bila bangun berdiri dengan cepat
  • ·       Pandangan kabur sekejap apabila bergerak masuk dari kawasan cerah ke kawasan gelap dan sebaliknya.


Hilangnya Manis Hubungan Seksual Disebabkan Kencing Manis


Hubungan seksual lelaki dan wanita amat penting dalam kehidupan suami isteri. Lelaki yang menghidap kencing manis terancam dengan tahap kesihatan zakar yang lemah atau mati pucuk. Gagal mencapai ketegangan zakar atau tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar menjadi masalah paling biasa berlaku dalam kalangan pesakit kencing manis. Ini menyebabkan seorang lelaki yang bergelar suami itu tidak mampu memberikan kepuasan seks kepada isterinya disebabkan masalah zakar yang kurang tegang.

Kencing Manis Punca Kesihatan Zakar Terganggu


Untuk mendapat ketegangan zakar yang normal atau ereksi yang keras, seseorang lelaki itu perlu mempunyai saluran darah, sistem saraf dan hormone lelaki yang normal dan sihat. Di samping mempunyai keinginan untuk menerima rangsangan seks.

Apabila seseorang lelaki itu disahkan menghidap penyakit kencing manis, terdapat beberapa gangguan pada sistem tubuh badannya. Pada kebiasaannya, pesakit kencing manis juga akan menghadapi masalah tekanan darah tinggi yang membawa kepada masalah aliran darah ke zakar. Paras gula yang tidak normal dan masalah sistem saraf juga menyumbang kepada masalah ini.

Tekanan Darah Tinggi


Zakar yang keras, kuat dan padat bergantung kepada aliran darah yang baik. Tekanan darah tinggi yang tidak disedari dan dikawal oleh lelaki dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan dan kerosakan pada aliran darah ke zakar anda.

Gangguan pada aliran darah ke bahagian zakar menyebabkan zakar kurang tegang dan zakar anda tidak mampu melakukan tusukan ke dalam faraj isteri.

Baca Juga: Tekanan Darah Tinggi: Punca Ereksi Zakar Lemah atau Mati Pucuk

Masalah Saluran Darah dan Sistem Saraf 


Saluran darah ke zakar menjadi keras akibat pemendapan kolesterol (atherosclerosis) pada dinding saluran darah. Saluran darah yang menyempit kerana pemendapan kolesterol menyebabkan aliran darah yang lemah dan kurang untuk zakar menegang dengan mantap dan mengekalkan ketegangan dengan lebih lama.

Tekanan darah tinggi juga menyebabkan penyempitan saluran darah bertambah teruk.

Paras Gula Darah 


Paras gula yang sentiasa tinggi yang tidak dikawal dalam sistem peredaran darah merosakkan saraf autonomi. Saluran darah yang halus juga rosak yang menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrient yang mencukupi.

Masalah pada sistem peredaran darah dan sistem saraf ini menyebabkan isyarat atau mesej dari otak gagal sampai ke bahagian zakar. Ini menyebabkan zakar kurang tegang dan mantap walaupun rangsangan seks telah dilakukan.

Paras Testosteron Yang Rendah


Kencing manis juga menyebabkan nafsu syahwat seorang lelaki itu berkurang. Paras hormon testosteron  dalam kalangan lelaki yang menghidap kencing manis adalah rendah disebabkan paras insulin yang tinggi. Ini sekali gus memberikan kesan kepada kesihatan zakar dan hubungan seksual.

Cegah Dan Kawal Kencing Manis 


Amalkanlah pemakanan yang sihat, kawal paras gula dalam darah, sentiasa aktif dan berusahalah untuk mengelak faktor-faktor yang merisikokan anda mendapat kencing manis. Pastikan anda dapat rehat dan tidur yang cukup. Ini amat penting untuk menjaga kesihatan zakar anda sehingga ke usia tua.

Anda boleh baca panduan ringkas yang tentang Makanan Pesakit Kencing Manis yang telah saya tulis.

Paling penting, jika anda mendapati kesihatan zakar anda terganggu, berjumpalah dengan pegawai kesihatan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. Ini penting untuk mengetahui punca masalah anda. Mungkin anda adalah penghidap kencing manis. Minta panduan dan nasihat tentang penjagaan kesihatan.

Jangan ambil tindakan segera untuk kesan yang cepat dengan mencari ubat perangsang seks tanpa nasihat doktor untuk menyelesaikan masalah anda.

BACA JUGA: Kawal Kencing Manis Anda

Jika anda menghidap kencing manis dan mengalami mati pucuk, berjumpalah dengan doktor


Sedarlah Tanggungjawab Anda


Sebagai seorang lelaki, anda mempunyai tanggungjawab yang penting sesuai dengan peranan anda. Jika anda seorang ketua keluarga, anda mempunyai tanggungjawab yang besar sama ada sebagai suami mahu pun bapa.

Penyakit kencing manis mengganggu tugas anda sebagai suami. Masalah zakar yang kurang tegang mengganggu hubungan suami isteri. Namun, risiko itu mungkin tidak merisaukan anda kerana mungkin ada cara lain untuk memuaskan isteri anda.

Tapi fikirkanlah juga apa akan jadi jika anda terpaksa menghadapi komplikasi yang lebih teruk daripada mati pucuk seumpama masalah jantung atau terpaksa memotong kaki. Bagaimana anda ingin menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Apabila anda menyedari tanggungjawab anda, anda pasti akan berusaha untuk menjadikan tubuh anda sihat demi untuk memastikan tanggungjawab anda terlaksana.

RUJUKAN:


Dengan slogan: “Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam”, Shaklee benar-benar memastikan apa yang menjadi pegangan mereka itu dilaksanakan.
===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, yang dijamin selamat,berkesan dan mesra alam, untuk meningkatkan kesihatan anda, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727.508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

1 comment:

  1. Wow thats really amazing to know the fact and I am sure you will also love my article written here about :how to get rid of fruit flies with apple cider vinegar Hope so you will love to give me a visit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...