Tuesday 2 December 2014

Tekanan Darah Tinggi: Pembunuh Senyap Yang Boleh Dikawal

Cara mengawal tekanan darah tinggi


Hypertension atau tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Digelar sebagai pembunuh senyap atau 'silent killer' yang tidak memberikan apa-apa tanda tentang kehadirannya, ia mampu mendatangkan kematian hasil daripada pembunuh lain yang dibawa olehnya. Namun berita baik bagi penghidap tekanan darah tinggi, pembunuh senyap ini boleh dikawal dan dicegah melalui beberapa perubahan dalam kehidupan.

Tekanan Darah


Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung dan berjuta-juta saluran darah dan berbilion-bilion sel di mana fungsi yang baik bagi setiap bahagian menentukan kesihatan kardiovaskular. Apabila jantung mengepam, saluran darah paling terpengaruh adalah arteri. Tekanan arteri ini adalah tekanan darah.

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan mengendir (rehat). Tekanan darah diukur dalam dua angka bacaan contohnya 120/80. Tekanan sistolik dijanakan apabila otot jantung mengecut dan memaksa darah mengalir menerusi arteri. Tekanan diastolik pula ialah tekanan yang ada pada arteri ketika jantung sedang mengisi dan bersiap sedia untuk berdegup semula.
  

Tekanan Darah Tinggi Pembunuh Senyap


Tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya. Ia bertindak secara senyap dengan menyerang badan anda tanpa sebarang gejala sehingga ia telah terlambat.

Secara diam-diam dan tidak henti-henti, pembunuh senyap ini melemahkan arteri-arteri kecil dan besar di dalam badan anda. Jantung anda mula membesarkan saiznya dan mencuba menolak darah melawan tekanan darah ini.

Dalam proses ini, jantung mula mengalami keletihan. Ini menandakan bermulanya kegagalan jantung dan buah pinggang menjadi mengecut. Ubah tabiat pemakanan untuk kesihatan jantung.

Tiada orang mati kerana masalah tekanan darah tinggi, tetapi mereka mati disebabkan ‘pembunuh-pembunuh’ lain yang dilahirkan dan dirangsang oleh pembunuh senyap ini.

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan ke atas organ-organ penting di dalam badan terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Bagi lelaki, tekanan darah tinggi juga memberikan kesan kepada ereksi zakar atau boleh menyebabkan mati pucuk.

Tekanan berterusan ke atas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
  • Jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
  • Pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
  • Buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
  • Mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
  • Otak- stroke dan kematian



Pembunuh Senyap Yang Boleh Dikawal




Bagi mereka yang telah disahkan menghidap tekanan darah tinggi, anda tidak perlu risau kerana pembunuh senyap ini boleh dikawal. Tindakan anda membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala membantu anda melakukan tindakan susulan yang bijak.

Tekanan darah tinggi dapat dikawal dengan:
  • Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
  • Mengubah gaya hidup – berhenti merokok, hindari stress, kawal emosi.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Meningkatkan akiviti fizikal dan bersukan.
  • Pengambilan makanan tambahan atau supplement

Tahukah anda bahawa Bawang Putih Membantu Mengatasi Tekanan Darah Tinggi

===================
Jika anda berminat mendapat produk Shaklee yang terbaik, yang dijamin selamat,berkesan dan mesra alam, segera hubungi saya untuk khidmat rundingan dan pembelian.
===================

Hafid Sulaiman
SMS/WhatsApp: 013-3727.508
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...