Sunday 18 January 2015

Tips Lelaki Sihat: 6 Cara Tingkatkan Kehebatan Sperma



Kehebatan sperma anda atau tahap kesuburan anda diukur berdasarkan kuantiti, kualiti (bentuk) dan motiliti (pergerakan) sperma. Jika anda seorang bujang dan akan berkahwin, anda perlu berusaha untuk meningkatkan kehebatan sperma anda. Untuk Tips Lelaki Sihat kali ini, jom saya kongsikan 6 cara tingkatkan kehebatan sperma anda.

Apa Yang Anda Fikirkan?


Lazimnya lelaki banyak menumpukan tentang kesihatan zakar sebelum berkahwin. Nak itu dan nak ini.. Untuk apa??? Agar isteri anda kagum dengan kehebatan anggota seks anda. Namun, anda perlu juga mengambil berat tentang kesuburan.

Walaupun anda berjaya melakukan hubungan suami isteri yang sempurna, namun matlamat untuk mendapatkan zuriat melalui hubungan itu tidak akan tercapai jika sperma anda tidak hebat.





6 Cara Tingkatkan Kehebatan Sperma 


#1. Pastikan berat badan anda seimbang. 

Lelaki yang terlampau kurus atau terlampau gemuk perlu memerhatikan keadaan tubuh anda. Pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal yang bersesuaian dengan ketinggian anda. Berat badan sangat mempengaruhi paras testosteron lelaki.

Terdapat kajian yang mencadangkan obesiti atau kegemukan memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma.

#2. Uruskan Stress Anda

Jika anda seorang lelaki yang bekerja, sudah pasti banyak tekanan di tempat kerja. Anda pulang ke rumah, tekanan itu pasti dibawa sekali.

Pastikan anda uruskan tekanan stress anda itu dan dapatkan tidur mencukupi. 

Stress mengurangkan fungsi seksual dan mengganggu hormon yang diperlukan untuk menghasilkan sperma. 

Jangan ambil pil-pil tertentu untuk meredakan tekanan kerana ia mengganggu kesuburan terutama yang mengandungi steroid atau dadah. Amalan rohani dan pemakanan yang sihat sangat membantu untuk mengurang stress ini.

#3. Bersukan dan beriadah. 

Lakukan banyak aktiviti pergerakan supaya tubuh badan anda sihat. Terdapat 1001 cara yang boleh anda fikirkan untuk memaksimumkan pergerakan tubuh anda. Jadilah seorang yang kreatif dan mempunyai inisiatif sendiri untuk melakukan pergerakan senaman. Anda bergerak anda sihat.

#4. Pakaian Yang Sesuai

Cara berpakaian juga perlu diambil perhatian. Jangan pakai pakaian yang ketat terutama seluar dalam. Ia sedikit sebanyak mengganggu kesihatan sperma. 

Faktor ini berkaitan dengan pendedahan panas secara berlebihan. Kalau anda tidur, biasakanlah untuk tidak memakai seluar dalam. Pakai kain pelikat sahaja. Sistem pengudaraan pun bagus..

Elakkan juga kerap mandi di dalam tab air panas atau meletakkan komputer riba di atas paha anda. Ia sangat mengganggu kehebatan sperma anda.

#5. Pemakanan Yang Sihat dan Seimbang

Pemakanan atau diet yang diambil setiap hari perlu diperhatikan. Kalau anda hendak subur, jangan makan mengikut apa yang ada mahu, tetapi makan mengikut apa yang anda tahu meningkatkan tahap kesuburan anda. 

Cakap mudah tetapi nak buatnya sangat payah dengan seribu satu alasan. Sebabnya dah terlihat makanan yang bersesuaian dengan nafsu, maka ‘apa yang anda tahu’ akan ditinggalkan. 

Cuba pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, vitamin A, C dan E, B12, dan mineral penting seperti selenium, zink dan cooper.


#6. Pengambilan Supplement Yang Membantu Meningkatkan Kesuburan 

Susah nak makan ‘apa yang anda tahu’, disebabkan ‘mahu’ itu mengatasi ‘tahu’, ambillah supplement atau makanan tambahan yang meningkatkan kesuburan. Pastikan ia adalah produk semula jadi.

Kesibukan dengan tugasan harian juga menyebabkan sedikit sebanyak mengganggu perhatian anda untuk memastikan hidangan harian anda lengkap. Pengambilan supplement terutamanya yang membantu meningkatkan kehebatan sperma adalah sangat digalakkan bagi melengkapkan apa yang kurang.

Tapi anda harus ingat pengambilan hidangan harian melalui buah-buahan dan sayuran segara adalah sangat diutamakan.


Untuk Info Tambahan Mengenai Kesuburan, anda boleh baca Entri  lepas bertajuk: Apa Yang Harus Dimakan Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki


Hafid Sulaiman



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...