Thursday 22 January 2015

7 Tips Penjagaan Kulit Bagi Pesakit Kencing Manis



Disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Penjagaan kulit bagi pesakit kencing manis perlu sentiasa dipelihara dan dipantau dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit.


Pesakit kencing manis akan kekurangan air. Ini menyebabkan kulit menjadi kering. Ada sebahagian kawasan kulit akan menjadi gelap terutamanya di bahagian pelipat seperti ketiak dan tengkuk.

Saraf-saraf kecil yang membekalkan oksigen dan darah kepada kulit juga terganggu menyebabkan bintik-bintik timbul di kawasan kulit.

Luka kecil atau calar sahaja perlu diberikan perhatian segera dan dirujuk kepada doktor jika tidak pulih. Jom saya kongsikan dalam entri kali ini tentang penjagaan kulit bagi pesakit kencing manis.

7 Tips Penjagaan Kulit Bagi Pesakit Kencing Manis


1. Gunakan agen pembersih atau sabun yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.

2. Agen pembersih perlu lembut kerana agen pembersih yang kuat menyebabkan iritasi kulit.

3. Gunakan air suam untuk mencuci

4. Agen pembersih yang beralkali perlu dielakkan, terutamanya apabila kulit gatal atau terdapat inflamasi.

5. Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah menggalakkan jangkitan.

6. Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang, lipatan kulit dan di kawasan di antara jari kaki.

7. Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losyen pelembap bagi mengekalkan kelembapan kulit.

BACA JUGA:




Hafid Sulaiman

Pengedar Shaklee Shah Alam-Klang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...