Monday 26 January 2015

Apabila Bersukan Untuk Menjadi Juara



Hujung minggu merupakan hari rekreasi bagi kebanyakan orang di Bandar. Taman-taman akan dipenuhi dengan orang ramai yang membawa keluarga sama ada untuk bermain di taman atau untuk berjoging. Ia merupakan satu aktiviti yang menyihatkan di samping kita dapatkan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Itu adalah aktiviti hujung minggu. Itulah suasana yang anda dapat lihat seperti di Tasik Shah Alam.


Aktiviti Hujung Minggu


Bagi mereka yang sibuk bekerja sepanjang minggu, hujung minggu adalah masa yang ada untuk bersukan. Dan ramai juga yang mengambil kesempatan untuk merehatkan badan dengan tidur dan menonton televisyen atau aktiviti yang tidak menyihatkan tubuh badan.

Saya juga seringkali mengunjungi taman tasik di Shah Alam di hujung minggu. Dan kadang-kadang di Trek Balapan Kota Raja Klang. Apa yang saya perhatikan kebanyakan mereka yang berjoging dan bersukan adalah dalam kalangan pelajar sekolah, pelajar universiti dan golongan warga emas. Satu persoalan di minda di mana perginya golongan pertengahan yang berumur antara 25-40 tahun.

Ya.. mereka sedang duduk di kerusi melihat dan mengawasi anak-anak mereka bermain. Tidak ada di fikiran mereka untuk meregangkan badan atau apa-apa pergerakan yang membantu mengeluarkan peluh. Sekadar datang untuk memenuhi kehendak anak-anak yang ingin bermain. Mereka datang untuk melepaskan tekanan mereka.

Sukan Untuk Jadi Juara


Sukan adalah aktiviti fizikal. Sukan bukanlah khusus untuk menjadi juara. Sukan bukan sahaja berlaku apabila ada pertandingan. Bukan khusus untuk ahli sukan sahaja. Sukan bukanlah khusus untuk mengukur kepantasan seseorang, kemampuannya untuk melompat, kemampuannya untuk mengalahkan orang lain, berapa banyak mata yang diperolehi atau berapa banyak pingat yang diperolehi..

Sukan untuk semua. Semua orang perlu bersukan. Sukan bukan menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Semasa remaja atau zaman belajar, sukan menjadi kegilaan. Futsal setiap malam, sebab anda mempunyai banyak skill kemahiran dan sering kali menjadi penjaring gol.

Apabila usia meningkatkan, kekangan masa, sudah tidak hebat, badan berat, sukan semakin hari semakin ditinggalkan. Maka akhirnya jadilah sukan itu hanya untuk mereka yang hebat sahaja.

Maka ramai yang menjauhi aktiviti yang sihat ini kerana mungkin malas dan takut kalah.

Nak pergi jogging pun, tengok orang yang berlari laju pun sudah melemahkan semangat kita. Wah, lajunya dia lari… Kita terkedek-kedek macam kura-kura. Akhirnya meninggalkan aktiviti tersebut dan hanya menjadi pemerhati.

Mentaliti Bersukan


Oleh kerana amalan bersukan dilihat menjadi khusus untuk golongan tertentu sahaja, maka ia ditinggalkan. Akibatnya, ramai yang menghidap penyakit seumpama tekanan darah tinggi dan kencing manis. Obesiti menjadi sesuatu yang biasa dilihat terutama bagi suami yang sudah berumar sekitar 30 tahun. Bahagia katakan.

Mentaliti sukan untuk menjadi juara boleh diubah. Janganlah melihat sukan itu sebagai juara no 1 apabila mengutip kedudukan tertinggi atau berjaya menumpas lawan.

Tetapi lihat sebagai juara menyihatkan badan. Mampu berlari lama, mampu melaksanakan aktiviti sehingga sempurna. Itu erti juara yang dicari.

Tiada makna jika seseorang itu kuat mental dan spiritualnya tetapi lemah  fizikal.

Seseorang itu pandai, tinggi IQnya, hebat amalan rohaninya, mampu membangkitkan semangat orang lain untuk bertindak, namun dia sendiri apabila berlari sudah tercungap-cungap. Padahal umurnya baru 30 an.

JOM Berubah


Jom bangun dan mulakan langkah untuk berubah. Jadilah seorang yang kreatif untuk mengeluarkan peluh. Berjalan perlahan atau sekurang-kurangnya lakukanlah aktiviti mudah diluar rumah anda. Anda mampu melakukannya.

Hafid Sulaiman

FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

2 comments:

  1. saya pun selalu pergi kat taman2 tapi berpeluh jugak sebab kejar anak... so boleh la tu. kira bersenam jugak la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suria Lekatlekitgurl, kira bolehlah.. Sekurang-kurangnya ia merupakan senaman kardio yang mudah. jantung berfungsi dengan baik. Apa sahaja yang mampu anda lakukan untuk keluarkan peluh. Jadilah seorang yang kreatif..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...