Wednesday 7 January 2015

Tips Lelaki Sihat: Jaga Kesihatan Penglihatan Mata Anda.




Penglihatan mata merupakan anugerah yang sangat besar. Bayangkan jika anda mempunyai masalah mata contohnya rabun, ia sedikit sebanyak mengganggu urusan harian anda terutamanya jika anda terpaksa memakai cermin mata dan ingin melakukan sukan lasak. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya ingin kongsikan tips jaga kesihatan penglihatan mata anda.


Jaga Kesihatan Penglihatan Mata Anda


Makanan Yang Seimbang.

Ini adalah tips yang paling utama kerana makanan yang seimbang merupakan kunci kepada penjagaan kesihatan mata. Pastikan hidangan setiap hari anda mengandungi nutrient yang terbaik untuk kesihatan mata. Lobak merah merupakan pilihan yang terbaik disamping buah-buahan segar dan sayuran hijau seperti brokoli dan bayam. Anda juga boleh menambah makanan yang kaya dengan dengan vitamin c dan bioflavonoid serta omega 3.

KLIK UNTUK INFO LANJUT


Pakai cermin mata hitam.

Apabila anda berada diluar melakukan aktiviti atau memandu di bawah sinaran matahari yang terik, memakai cermin mata hitam merupakan satu tindakan yang bijak. Sinaran matahari yang kuat boleh merosakkan mata dan meningkatkan risiko serangan katarak. Ia boleh membantu menghalang sinaran matahari dari merosakkan pandangan mata anda.

Hindari Merokok.

Kandungan bahaya di dalam rokok boleh meningkatkan peluang pembentukan penyakit seperti katarak.

Kawal Paras Gula Dalam Darah

Paras gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan anda mendapat penyakit diabetes atau kencing manis. Diabetes boleh menyebabkan masalah penglihatan disebabkan saraf yang rosak yang akhirnya boleh menyebabkan penglihatan mata anda buta. Jika anda disahkan menghidap kencing manis, jaga pemakanan anda.

Penggunaan cahaya lampu yang betul.

Jika anda suka membaca atau menulis, pastikan anda menggunakan pencahayaan yang betul. Jangan menonton televisyen dengan terlalu dekat dan awasi jarak ketika anda menggunakan laptop atau computer.

Bersukan

Aktiviti sukan membantu peredaran darah yang baik dan membantu tubuh memperoleh oksigen yang cukup. Pastikan juga anda mendapat tidur dan rehat yang cukup.


Sekian, perkongsian saya pada kali ini. Moga bermanfaat.

Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...