Monday 5 January 2015

Azam 2015: Kehidupan Yang Lebih Sihat



Setiap tahun, kita punyai azam dan impian baru. Mungkin sebahagian daripada kita, gagal untuk mencapai azam 2014 yang lalu. Namun, bersyukurlah kita dengan nyawa yang masih diberikan oleh Allah untuk kita terus mencapai azam kita pada tahun 2015. Saya harap, dalam senarai azam anda itu, terselit satu azam iaitu inginkan kesihatan dan kecergasan sepanjang masa.


Cabaran Hidup Sihat


Kesihatan Adalah Anugerah. Bayangkan anda mengalami kesakitan, berapa banyak urusan anda terganggu. Jika anda menghidap tekanan darah tinggi yang mana ia menjadi masalah bagi kebanyakan penduduk di Malaysia, anda terpaksa berulang alik ke hospital bagi membuat pemeriksaan dan mengambil ubat. Itu belum lagi komplikasi yang anda peroleh daripada masalah itu. Anda boleh baca tentang masalah ini dalam entri yang lepas. KLIK SINI.

Namun, perlu diingat juga bagi anda yang merasakan diri anda sihat, anda tidak boleh alpa dengan kesihatan anda terutamanya bagi anda yang tergolong di dalam golongan lelaki yang obesiti. Boleh baca Ancaman Penyakit Ke Atas Lelaki Obesiti.

Anda mungkin rasa anda sihat, tak perlu buat pemeriksaan perubatan, TAPI tahukah anda dengan gaya hidup anda di zaman moden sekarang, anda mungkin berisiko mendapat penyakit yang senyap sehingga apabila ia menyerang buat kali pertama, ia boleh menyebabkan kematian.

Gaya Hidup


Gaya hidup yang tidak sihat, kurang bersenam, tidak cukup nutrient melalui pengambilan makanan harian, kurang tidur, merokok, dan lain-lain menjadi punca kesihatan anda semakin merosot. Dan kadang-kadang anda sendiri tidak perasan perubahan kesihatan anda.

Berat badan anda meningkat, namun anda bahagia dengan perut boroi anda. Isteri di rumah pula, masak ikut suka tanpa memikirkan khasiat dan nutrient harian yang diperlukan oleh suami. Janji suami suka. Suami pula makan tanpa memikirkan kesan kepada kesihatannya.

Sentiasa Sibuk Sehingga Mengabaikan Kesihatan.


Kerja menjadi keutamaan anda. Bangun pagi dalam keadaan tak cukup tidur dan rehat. Tak bersarapan. Makan pun tak ikut masa. Bila makan, bantai semuanya. Yang penting perut kenyang. Seharian suntuk di tempat kerja sehingga tiada masa untuk bersukan dan beriadah. Hujung minggu pun terasa berat untuk beriadah.

Jom Tingkatkan Kesihatan


Jika anda mempunyai masalah dalam mengatur kehidupan anda sepanjang tahun 2014, jadikan tahun ini tahun untuk mengubah landskap kehidupan anda untuk menjadi lebih sihat dan cergas.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan, jangan mengaku kalah mencari penawar. Berfikiran positif. Anda mampu mengubah hidup anda pada tahun 2015 ke arah kehidupan yang lebih harmoni dengan alam.

InsyaAllah, saya akan berkongsi dengan lelaki-lelaki di luar sana tentang tips-tips kesihatan agar kita sama-sama meningkatkan kesihatan dan kecergasan kita demi untuk keluarga kita, isteri dan anak-anak kita, orang yang kita sayang dan paling utama, demi menjadi hamba Allah yang soleh.

Jom ikuti tips lelaki sihat di dalam blog supplementlelaki4u ini.

Jika anda inginkan supplement kesihatan khususnya SET KESIHATAN LELAKI yang dijamin SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA MESRA ALAM, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Jangan malu-malu untuk berubah, nanti anda menyesal.

AZAM 2015

Hafid Sulaiman

FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...