Thursday 16 April 2015

BIla Pak Menteri Suruh Masak Sendiri



YB Datuk Ahmad Maslan sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang begitu panas. Kali ini ditujukan khusus untuk pelajar. Pelajar, Sila Masak Sendiri!!! Sebahagiannya melihatnya sebagai lawak bodoh.. Atau kenyataan itu memang sengaja membodohkan dan memperbodohkan. 


Memang tak boleh masak di dalam kampus universiti. Tapi mereka yang duduk di rumah sewa boleh masak.. Ok bolehlah diterima cadangan itu. 

Saya pun ketika belajar dulu, duduk di rumah sewa, masa tiada GST pun dah terasa bebannya. Makan pun kena catu. Walaupun masak sendiri. 

Dengan pinjaman PTPTN yang sudah habis sebelum semester berakhir, maka ramai penghuni rumah sewa yang berpuasa yang sebahagiannya tanpa sahur dan berbuka ala kadar. 

Dulu, lauk yang biasa dan mudah untuk di masak adalah sardin dalam tin. Haha.. Sekarang dah kena GST.. YB DAM kata ikan sardin dalam tin ni tak elok di makan, entah berapa lama punya ikan. Dia pun makan setahun sekali jer, itu pun kalau terpaksa..

Tapi itulah realiti pelajar kampus.. Ikan sardin dalam tin dikongsi tujuh orang berlaukkan kangkung yang harga seikat RM1. Jimat punya pasal.

Kalau dilihat realiti semasa, ikan sardin dalam tin bukan sahaja menjadi pilihan para pelajar, tetapi golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia. Dan bagi mereka yang nak segera.

Pak-pak menteri cubalah lihat sebahagian daripada kehidupan pelajar kampus yang datang daripada golongan sederhana dan miskin. Kadang-kadang kenyataan yang anda berikan itu begitu pahit untuk ditelan kerana mereka telah melaluinya ketika sebelum GST. Maka selepas GST, semakin teruk dan semakin meruncing.

Ada isu lain yang harus diselesaikan oleh pelajar iaitu adakah makanan yang anda makan itu memberikan anda kesihatan yang optimum..

Makanan yang tidak seimbang, stress ketika belajar, ditambah lagi ketika nak exam, kesempitan wang, dan macam-macam masalah yang sebenarnya membawa kepada kemerosotan dalam kesihatan.

Mungkin kesan daripada apa yang berlaku ketika belajar tidak nampak, namun sebenarnya, para pelajar ini telah membuka risiko yang lebih besar untuk mereka mudah jatuh sakit ketika usia semakin meningkat.

Fikir-fikirkanlah wahai manusia yang diberikan akal. Mungkin ada beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak rakyat terutamanya pelajar.

Anda masih muda. Jangan biarkan makanan yang anda makan sekarang menghancurkan masa depan anda.

Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...