Tuesday 9 June 2015

Tips Lelaki Sihat: 7 Tips Elakkan Perut Buncit



Elakkan perut buncit

Pernah tak terlintas di fikiran anda untuk memiliki perut buncit? Yang pastinya memang anda akan kata: NO!! Kenapa anda kata begitu?? Pastinya ada sesuatu yang merimaskan anda apabila perut anda buncit. Mungkin dari segi penampilan luaran atau dari segi psikologi. Apa pun sebabnya, yang paling penting untuk difikirkan dan dirimaskan adalah apabila anda mengalami masalah perut buncit, anda berisiko mendapat banyak penyakit kronik.


Bahagia Dengan Perut Buncit


Anda memang tak suka perut buncit. Tapi ramai yang bahagia bila perut buncit terutama lelaki yang sudah berkahwin. Lihat sahaja apabila mereka berhadapan dengan masakan isteri tersayang, terutamanya yang baru kahwin, dengan lahapnya memakan makanan air tangan isteri. Yang penting hati anda dan isteri gembira. Pemakanan yang sihat dilupakan.

Bila bersama keluarga, sudah tidak mahu lagi pergi beriadah dan bersukan. Ditambah pula dengan kerja yang hanya duduk di kerusi pejabat dari pagi sehingga petang, tiada masa langsung untuk aktiviti fizikal. Bila pulang ke rumah, mereka ingin bersama keluarga untuk menghilangkan penat. Hanya bergurau senda di rumah sambil menonton drama kegemaran di televisyen.

Adakah anda mengamalkan gaya hidup seperti ini? Adakah anda perut buncit? Adakah anda bercita-cita untuk elakkan perut buncit?

Jom baca tips elakkan perut buncit

elakkan perut buncit


7 Tips Elakkan Perut Buncit


1) Azam dan Motivasi Diri

Azam kena kuat untuk menjaga kesihatan. Perut buncit merisikokan anda terdedah kepada banyak penyakit kronik. Bina motivasi diri dan cari sokongan untuk hidup lebih sihat terutama daripada pasangan anda. Berazamlah untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

2) Air Kosong

Minum air kosong yang cukup. Minum air yang cukup membantu mencairkan kepekatan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah cecair yang keluar dari tubuh. Disamping itu ia juga membantu pergerakan usus yang baik serta membantu mengeluarkan toksin dari dalam badan. Minum air kosong sebelum makan membantu anda untuk tidak berlebihan ketika makan.

3)  Jaga Adab di meja makan

Makan dengan tertib dan perlahan. Jangan gelojoh. Pasti makanan dikunyah dengan sempurna. Jika tidak ia boleh menyebabkan gas di dalam perut yang menyebabkan perut kembung. Slow and steady.

4) Makanan berserat

Pastikan anda mengambil makanan yang banyak serat supaya membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Serat membantu penyimpanan air. Kekurangan serat boleh menyebabkan sembelit dan bahagian kolon tidak berfungsi dengan baik untuk menyerap nutrien dari makanan.

Tanyakan diri anda, berapa kali anda membuang air besar dalam seminggu?? Yang terbaik adalah 1 kali sehari. Jika anda mempunyai masalah dengan ini, pengambilan serat sangat membantu.

5) Kurangkan pengambilan garam.

Kehadiran sodium di dalam cairan badan melambatkan proses mekanisme tubuh dan menyebabkan perut terasa penuh. Ia melambatkan pengeluaran air daripada sel badan. Pengambilan garam berlebihan juga menyebabkan penyakit lain seperti tekanan darah tinggi.

6) Senaman.

Lakukan senaman yang bersesuaian dengan anda. Dengan bergerak aktif, cairan dalam perut dapat dikeluarkan melalui peluh dan air kencing. Bersenam dan bersukan secara berkala juga membantu meningkatkan fungsi penghadaman yang baik.

7) Ambil Supplement Yang Membantu Sistem Penghadaman

Jika anda mempunyai masalah sistem penghadaman dan agak sukar untuk menyediakan hidangan yang terbaik untuk kesihatan, supplement atau makanan tambahan sangat membantu anda untuk tingkatkan kesihatan sistem penghadaman.
  

Anda tidak perlu mengambil pil kurus dan pelangsing badan. Yang perlu adalah supplement yang membantu memperbaiki sistem tubuh anda.

Semoga bermanfaat untuk abang-abang dan pakcik-pakcik yang perut buncit dan tak suka ada perut buncit.

Yang suka perut buncit, fikirkanlah tentang risiko perut buncit.

Hafid Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...