Saturday 22 August 2015

Doa Ketika Menziarahi Orang Sakit





Anda biasa melawat orang sakit? Selain bertanya khabar, apakah ucapan yang sering anda ucapkan kepada pesakit? Post kali ini, jom kita telusuri serba sedikit beberapa ucapan  atau doa yang Nabi Muhammad Salla Allah ‘alayh wa sallam ucapkan kepada mereka yang sakit. Moga ia menjadi panduan dan pengajaran buat kita bersama.

Doa Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam ketika menziarahi orang sakit.


Saya kongsikan beberapa doa yang sabit daripada Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam:

أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
“Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. [HR Bukhari]


لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ الله
“Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya’ Allah”. [HR Bukhari]


Rasulullah Salla Allah ‘alayh wa sallam bersabda: “Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu:


أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau”. (tujuh Kali). [HR At-Tirmizi dan Abu Daud]


Doa Jibrail kepada Nabi ketika Baginda sakit:


بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ
“Dengan Nama Allah aku menjampikan mu dari semua perkara yang menyusahkanmu…” [HR Ibn Majah]


Bacaan dan perbuatan apabila tubuh merasa sakit;

“Letak tangan di tempat sakit kemudian baca: بِسْمِ اللهِ.

“Bismillah” tiga kali, dan baca tujuh kali:

أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وأُحَاذِرُ
“Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti” [HR: Muslim].


Jika ditakdirkan pesakit itu berada dalam kecemasan, tenat atau sedang menghadapi nazak, maka berdoalah kepadanya;

اللَّهُمَّ أَعِنهُ عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
“Ya Allah, bantulah dia di atas sakarat al-maut”.


Semoga kita dapat beramal mengikut sunnah Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam

Hafid Sulaiman


Berminat untuk menjadikan produk Shaklee
sebagai hadiah kepada pesakit yang anda ziarah.
Hubungi saya.
Whatsapp 013-3727.508


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...