Thursday 3 September 2015

Kepentingan Magnesium Untuk Tubuh


kepentingan magnesium

Magnesium merupakan makromineral yang penting untuk tubuh. Sebahagian kita tidak mengetahui kepentingannya sedangkan ia sama penting dengan kepentingan kalsium. Kalsium dan magnesium umpama sahabat karib yang tidak dapat dipisahkan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan kalsium sahaja tanpa magnesium boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.


BACA JUGA: Kalsium Untuk Tubuh Yang Sihat      

Kepentingan Magnesium Untuk Tubuh


Sebanyak 20mg sehingga 28mg magnesium terdapat pada seorang dewasa. Daripada jumlah itu sebahagian besarnya wujud pada tulang dan selebihnya pada otot, tisu lembut dan bendalir tubuh.

Bagi seorang dewasa, mereka memerlukan lebih kurang 300mg magnesium setiap hari untuk mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik.

Sayur hijau seperti bayam membekalkan magnesium kerana pusat molekul klorofil mengandungi magnesium. Kekacang, biji-bijian dan sesetengah bijian sempurna, adalah sumber magnesium yang baik.

Walaupun magnesium terdapat pada kebanyakan makanan, ia biasanya wujud dalam jumlah yang sedikit. Seperti kebanyakan nutrien, keperluan seharian magnesium tidak dapat dicapai melalui hanya satu jenis makanan. Kita perlu makan pelbagai jenis makanan daripada buah-buahan dan sayuran serta bijirin.

Sumber: supplementry.com

Fungsi Magnesium


Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium. Magnesium adalah kompenan minor di dalam tulang dan juga terdapat di dalam sel-sel tisu lembut.

Fungsi magnesium adalah sebagai pengaktif bagi pelbagai jenis enzim, mengekalkan fungsi normal otot dan sistem saraf serta pertumbuhan tulang.

Magnesium juga berperanan menjana enzim yang diperlukan bagi mengeluarkan tenaga dalam tubuh daripada makanan yang dimakan.

Ia juga penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate).

Pengambilan supplement magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) berupaya membantu otot jantung berehat dan mengembangkan arteri (mengurangkan tekanan darah).

Magnesium berupaya mengawal paras gula darah bagi mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes).

Magnesium juga merupakan mineral anti stress yang sangat berguna untuk membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan emosi. Ini kerana ia terlibat di dalam menghasilkan ‘brain chemicals’ yang menjadikan seseorang itu rasa aman dan membantu mendapat tidur yang lena.



Kekurangan Magnesium


Kekurangan magnesium jarang berlaku kerana kebanyakan sayur, bijirin, tepung dan kacang mengandungi magnesium.

Kekurangannya secara serius menyebabkan berlakunya loya, lemah-lemah otot, kekejangan, kegagalan pertumbuhan dan masalah jantung.

Faktor Yang Kurangkan Paras Magnesium


Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak, mengalami diabetes dan penyakit kronik.


Bahaya Kalsium Tanpa Magnesium


Pengambilan kalsium semata-mata tanpa magnesium terutamanya mereka yang mengambil supplement atau makanan tambahan dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.

Situasi ini juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan stroke.

Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Tips Berguna


Jika anda ingin membeli produk makanan atau supplement yang membekalkan kalsium sebagai subjek utama, pastikan ia juga mengandungi mineral magnesium bagi mengimbangi kalsium.


Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah

NAK SUPPLEMENT KALSIUM YANG TERBAIK??

Pastikan anda memilih OSTEMATRIX




           

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...