Monday 7 September 2015

Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee



Pusat Inovasi Forrest C Shaklee


Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee telah dibuka secara rasmi pada 20 April 2015. Dengan keluasan 16,000 kaki persegi, pusat yang indah ini akan terus membangunkan produk-produk inovatif untuk anda dan menjalankan tanggungjawab kita dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dan lebih sihat.


Pusat Inovasi dilengkapi dengan peralatan saintifik paling maju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi piawaian tertinggi dalam ketulenan dan keselamatan produk. Semua rangkaian produk Shaklee akan dibangunkan serta diuji di Pusat Inovasi oleh pasukan R&D, termasuk penyelidikan pemakanan, pembangunan bahan, pembangunan produk/proses, jaminan kualiti, dan kawalan kualiti. Dengan kemudahan baru ini, Shaklee kini mempunyai lebih daripada 50 ahli sains yang berpangkalan di bandar Pleasanton, California berhampiran Ibu Pejabat Sedunia Shaklee.

Pusat Inovasi Forrest C Shaklee


Inovasi Shaklee akan memberikan lebih banyak pilihan lagi di pasaran untuk 100 tahun akan datang. Shaklee akan terus menilai cara-cara untuk menyediakan produk yang inovatif dan saintifik – produk yang membantu penuaan secara sihat dan meningkatkan kualiti hidup, di samping menyediakan pengguna dengan pelbagai pilihan vitamin dan makanan tambahan yang boleh disesuaikan dengan keperluan individu.

Pusat Inovasi Forrest C Shaklee

Pusat Inovasi Forrest C Shaklee


 TAHUKAH ANDA???


Pada tahun 2000, Shaklee telah dianugerahkan pensijilan Climate Neutral hasil usaha intensifnya dalam mengimbangi pelepasan gas rumah hijaunya. Dari tahun 2000 hingga 2012, Shaklee telah berjaya mengurangkan paras GHG yang dikeluarkannya. Sesetengah pengurangan tersebut diperoleh melalui kaedah penggabungan rantaian pengedaran kami dan memaksimumkan kecekapan pengedaran, selain pelaksanaan pelbagai usaha bagi menjimatkan penggunaan air, gas dan elektrik di prasarana-prasarana kawalan syarikat.





Hafid Sulaiman

<<<<>>>>

Berminat mendapatkan produk Shaklee??
Hubungi Saya, Pengedar Sah Shaklee
013.3727.508


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...