Friday 5 February 2016

Prinsip FITT: Apa Yang Perlu Anda Tahu Untuk Bersenam


prinsip FITT


Senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang dirancang dan pergerakan struktur oleh badan yang bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Mengamalkan senaman tertentu menjadikan seseorang itu lebih cergas, memberi ketenangan diri dan membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori di dalam tubuh anda.



Bagaimana Untuk Bersenam?


Cara bersenam yang terbaik adalah mengikut prinsip FITT.

FITT adalah:

F = Frekuensi (Frequency)
I = Intensiti (Intensity)
T = Tempoh Masa (Time)
T = Tentukan (Type).


Prinsip FITT


Frenkuensi (Kekerapan)

Anda digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti berjalan laju, joging, berbasikal, berenang dan senamrobik.

Intensiti 

Iaitu tahap keupayaan badan anda ketika bersenam. Sekiranya ada mengalami sesak nafas semasa bersenam, ini bermakna anda telah melakukan senaman melebihi had keupayaan badan anda. Mulakanlah senaman dengan perlahan mengikut keupayaan badan anda.

Tempoh Masa

Berapa lama masa yang anda peruntukan untuk senaman. Luangkan masa sekurang-kurangnya selama 15-20 minit untuk bersenam.

Tentukan

Tentukan jenis senaman yang anda ingin lakukan berdasarkan minat dan matlamat anda.


Luangkan masa anda untuk bersenam. Jangan wujudkan alasan yang tidak munasabah. Tiada ruang, tiada baju, tiada kasut, tiada alat dan lain-lain. Mungkin ruang kecil dalam bilik anda boleh membantu anda selangkah untuk lebih sihat.

Hafid Sulaiman
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah 

Dapatkan Produk Kesihatan Shaklee untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrisi harian anda.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...