Wednesday 22 June 2016

17 Ramadan 1437H.




Hari ini hari ke 17 berpuasa. 17 Ramadan 1437H. Hari ini, cuti umum. Tetapi kerja harian saya tetap diteruskan. Kedai online buka 24 jam. Siapa-siapa yang nak tempah produk Shaklee, boleh terus whatsapp saya.


Ok. 17 Ramadan adalah pendapat yang masyhur bagi Nuzul al-Quran sehinggakan diisytiharkan sebagai cuti umum.

Namun di sana terdapat pendapat lain tentang tarikh Nuzul al-Quran. Walaupun tarikh yang berbeza, ia masih terbuka untuk perbincangan.

Bagi kita orang awam ini, apa yang paling penting adalah kita perlu muhasabah diri kita, bagaimana sikap kita terhadap al-Quran.

Bacaan kita, tadabbur kita, amalan kita dan banyak lagi.

Ambil kesempatan bulan ramadan ini untuk kita mendampingi al-Quran. Sekurang-kurangnya bacalah al-Quran. 

Membaca al-Quran adalah salah satu daripada peluang untuk kita rebut pahala. 

Jika kita menghayati maksudnya dengan cuba memahami tafsir dan huraian ayat, pasti lebih besar pahalanya daripada membacanya sahaja.

Jom tingkatkan usaha kita.

Moga ia menjadi syafaat untuk kita di akhirat nanti.

Untuk info lanjut tentang perbincangan tarikh Nuzul al-Quran, anda boleh baca di link berikut:


Hafid Sulaiman
Pengedar Shaklee 946651
FB Page: Kesihatan Adalah Anugerah


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...