Thursday 10 December 2015

Kesihatan Jantung dan Vitamin C





Tahap vitamin C yang rendah telah dikaitkan dengan beberapa penyakit, termasuklah tekanan darah tinggi, penyakit pundi hempedu, stroke, sesetengah kanser, dan arterosklerosis, plak lemak menyumbat dalam saluran darah yang boleh membawa kepada serangan jantung dan stroke. Mendapat cukup vitamin C daripada diet anda – dengan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran – boleh membantu mengurangkan risiko masalah ini.


Penyakit Jantung


Vitamin C tidak menurunkan paras kolesterol yang lebih rendah atau mengurangkan risiko serangan jantung secara keseluruhan, tetapi bukti menunjukkan bahawa ia boleh membantu melindungi arteri terhadap kerosakan. Beberapa kajian menyarankan bahawa vitamin C, yang bertindak sebagai antioksidan, boleh melambatkan perkembangan aterosklerosis (pengerasan arteri).

Ia membantu mencegah kerosakan kepada kolesterol LDL (jahat), yang kemudiannya membina plak pada arteri dan boleh menyebabkan serangan jantung atau strok. Kajian-kajian lain menunjukkan bahawa vitamin C boleh membantu menjaga saluran darah yang yang fleksibel. 




Di samping itu, mereka yang mempunyai tahap vitamin C yang rendah mungkin lebih cenderung untuk mendapat serangan jantung, strok, atau penyakit arteri periferi.


Kepentingan AntiOksidan


Secara umumnya nutrien-nutrein antioksidan melindungi jantung daripada radikal bebas melalui 3 cara:

1- Antioksidan akan meresap radikal bebas sebelum ia dapat merosakkan lapisan arteri.
2- Antioksidan menghalang reaksi berantai atau kesan ‘domino’ radikal bebas LDL setelah reaksi ini bermula.
3- Antioksidan dapat membendung pengeluaran radikal bebas dengan menggunakan sel-sel berbuih yang sudah berada di dalam plak dan dengan itu mencegah kerosakan  yang lebih buruk.

Dalam hal ini, beta karotena, vitamin C dan vitamin E memainkan peranan yang penting sebagai antioksidan.

Vitamin C bergandingan dengan dua vitamin lain dalam membantu mengurangkan pembentukan plak dalam arteri anda. Molekul LDL adalah sangat kompleks. Ia mempunyai kompenan berlemak, tetapi seperti mana juga bahagian-bahagian badan anda yang lain, ia juga mempunyai bahagian yang berair. Vitamin C bertindak melindungi kawasan yang berair.


Pengketulan platelet darah merupakan permulaan bagi kejadian penggumpalan darah. Platelet mula melekat bersama dan juga kepada dinding arteri. “Pra gumpalan” yang melekat ini boleh menyumbatkan arteri yang sempit dan menyebabkan serangan jantung. Kajian ke atas manusia menunjukkan pengambilan 1000-2000mg vitamin C sehari dapat mengurangkan pengketulan platelet darah dan kecenderungannya untuk melekat pada dinding arteri. Ini adalah satu tindakan antioksidan oleh vitamin C.


Untuk Anda Yang Kekurangan Vitamin C


Vitamin C boleh didapati melalui pemakanan harian iaitu buah-buahan dan sayuran. Namun kebanyakan kita mengambil ringan akan pemakanan yang sihat dan seimbang. Maka kita memerlukan supplement tambahan untuk kesihatan kita.

Dapatkan Sustained Release Vita C Plus. Membantu anda mendapatkan khasiat Vitamin C yang terbaik untuk tubuh anda.



Ia daripada sumber alam semulajadi. Dipercayai sejak lebih 30 tahun yang lalu, membantu ramai orang memenuhi keperluan Vitamin C harian mereka.

Hafid Sulaiman



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...